Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

28 Ogos 2011

Entry lepas : hasil kerja ARCA

Bertungkus lumut untuk menyelesaikan tugasan yang perlu disiapkan... terpaksa lah minta pertolongan... hasilnya memuaskan dan mendapat keputusan yang cemerlang.. tq for my hubby..


Ni proses-proses kerja yang sempat di ambil..









Antara hasil arca dari rakan-rakan yang sempat diambil...










Entry lepas : memancing

Memandangkan kesuntukan masa , banyak peristiwa yang tak sempat dimuatkan... walaupun dah terlewat tapi dimuatkan jugak untuk kenangan...

Entah kenapa tiba-tiba anak-anak ku nak memancing.... dalam dua tiga hari planning tak menjadi... akhirnya dapatlah pergi beli  batang pancing dan sasarannya di parit ini lah...itupun dah jenuh mencari tempat yang sesuai.. Nasib baik dapat juga seekor ikan...tapi bukan untuk dimakan. ....







Bila nak raya..

Hari ini dah masuk hari ke 28 kita berpuasa... bahang hari raya  semakin terasa... anak-anak semakin gembira kerana segala persiapan hari raya telah pun lengkap..hanya tunggu tiba dan saatnya sahaja... semua surirumah sekarang ni sibuk dengan persiapan akhir sebelum hari raya...nak kemaskan rumah, nak beli barang-barang untuk persediaan hari raya dan banyak lagi..pendeknya banyaknye kerja yang hendak di bereskan...

Namun dalam kegembiraan ini terpalut debaran yang kian terasa...walaupun bergembira untuk menyambut 'hari kemenangan ' ini, hati tetap tidak berkeruan..... UPSR   oh UPSR... lepas raya ni ada seminggu je sebelum UPSR... Afiq sekarang ni relaks sahaja...agaknya bila dah cuti untuk raya ni...segala-galanya dah cuti... buku-buku sekolah tah kemana....pantang nampak saja laptop free... mula lah dok bukak game.... ini lah dilema yang dihadapi oleh murid2 tahun enam...pendeknya orang lain pun macam ni jugak... ibu bapa jugak yang runsing...

Walaupun berbuih mulut guru-guru berpesan..raya- raya jugak..belajar-belajar jugak... .tapi bila time nak raya ni... semuanya dah melayang  ke mana....



19 Ogos 2011

Azib puasa...

Puasa hari ini dah masuk 19 hari...  tahun ni nampaknya azib dapat puasa dengan baik berbanding dengan tahun lepas..... kalau hari persekolahan tak de masalah...tapi time cuti macam hari ini yang jadi masalahnya....
Dok guling-guling sambil tengok tv, tengok dvd, main game...lama2 dah mula  lah wat muka kesian....... bila dah tengahari sikit adalah sesuatu.....merengek-rengek.. " macam ni lah orang puasa dik.., bila dah semakin petang semakin laparlah, letih..dahaga.."..  terpaksa pujuk2..

Kalau nak tunggu waktu berbuka puasa, lepas sembahyang asar..keluar lah jalan2..kalau tak  merengek-rengek lambatnya berbuka puasa... bila masuk je dalam kereta...tidur..

Tapi bila dah hampir penghujung puasa ni nampaknya sudah terbiasa... cuma sekarang menghitung hari saja nak raya..maklumlah persiapan raya dah beli semuanya...