Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

31 Mei 2010

Dah nasib....

Nampaknya dah semakin usang blog ini kerana tidak berkesempatan untuk update... nak kata sibuk sangat tak jugak... tapi nak kata tak de kerja... memang banyak kerja..... Tambahan pulak peperiksaan untuk semester 1 telah selesai... maka bermula lah kerjanya... kena masukkan markah exam ni dalam "e-pantau."..

Cuti penggal persekolahan ni tak usah nak berangan nak relaksnya... ada kelas cuti terancang..dan panitia matematik mengadakan kem gerak gempur matematik memandangkan subjek matematik yang paling kritikal bagi murid tahun 6...

Alahai yang paling harunya nak periksa PTK...tak lulus-lulus jugak..target nak dapat 4..asyik dapat 3 je...

Pertukaran Online baru2 ni ada jugak memohon pertukaran di dalam daerah...malangnya permohonan tak diluluskan ..nampaknya berkulatlah dok disekolah ni lagi...tahun depan memang dah tak boleh pindah dah...maklumlah ada anak yang akan menduduki UPSr....kena tunggu lagi setahun lah untuk memohon pertukaran...

16 Mei 2010

15 Mei 2010

Sukan sekolah

Sukan sekolah bermula pada petang selasa sehingga pagi khamis... nampaknya tak sempat nak berehat panjang...hari sabtu pulak ada gotong royong dan sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada hari ahad..
walau bagaimanapun...setelah bertungkus lumus...akhirnya rumah hijau tetap unggul.... hijau tetap juara....syabas pada guru-gurunya....

barisan sebahagian guru dari rumah hijau bersama ratu..dengan maskotnya..

afiq pun masuk perbarisan 

dari bilik kh ke padang













pertandingan khemah dapat no 3..

06 Mei 2010

Jamuan kelas Afiq


Kelas Afiq sempat mengadakan jamuan hari jadi untuk guru kelasnya.... kebetulan juga untuk jamuan perpisahan dengan guru-guru praktikum yang mengajarnya..... sempat lagi buat jamuan  siap dengan panggil guru besar pulak  tu...

Jamuan ini di kendalikan sendiri oleh mereka... tahunya hari jamuan sebab nak buat persiapan... dibantu oleh guru-guru praktikum...