Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

16 September 2013

Merdeka anak didikku

Dengan berakhirnya Peperiksaan UPSR 2013 ini pada 10 hingga 12 september.....maka merdekalah anak-anakku sehingga keluarnya keputusan nanti..

Banyak perancangan yang akan dilakukan bagi mengisi masa yang terluang...
Semoga masa-masa yang terluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengisi aktiviti yang bermanfaat dan dapat memberi impak yang baik..

Nampaknya bagi guru kelas tahun 6, walaupun peperiksaan UPSR telah berakhir tidak bererti tugasan kita semua semakin berkurangan... Guru kelas terpaksa memantau kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang dibuat secara online dan diisi oleh ibu bapa penjaga...  Selain itu, sijil berhenti sekolah perlu diproses dari sekarang untuk memudahkan dan mengelakkan kerja2 di saat-saat akhir...

Walau apa pun... buat kerja dengan sehabis baik tanpa tekanan mana-mana pihak itulah yang sepatutnya  berlaku..

09 September 2013

Hari-hari terahir menjelang UPSR

Hari ini adalah hari-hari yang terakhir sebelum peperiksaan bermula... Dalam waktu kecederaan ini, hati guru-guru yang paling berdebar....dapat menjawab soalan kah nanti anak-anak didik ku ini.... Apakah yang dipelajari selama ini dapat input yang baik....

Pagi sebelum waktu persekolahan, sembahyang solat hajat dan membaca surah yasin di lakukan setiap pagi.









08 September 2013

cepatnya masa

Sudah terlalu lama rasanya blog ini berlalu tanpa diusik....hajat di hati sentiasa bersemangat untuk menulis.... apakan daya terasa masa begitu singkat untuk bertabuh dan menulis helaian di blog ini..... hari ini terpanggil-panggil untuk menulis....

Peperiksaan UPSR hanya 2 hari lagi..Debaran semakin terasa.... semoga anakanda dan anak-anak didik dapat menjawab dengan baik dan cemerlang.... Doa ibu dan semua guru sentiasa mengiringi....




10 Februari 2013

Pemergian yang tidak diduga......



Walaupun hampir setahun berlalu, tetiba saje teringatkan arwah cg Azila yang telah kembali pada hari Rabu 30 Mei 2012. Tetiba sahaja teringatkan arwah bila terjumpa gambarnya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah.  Terlalu banyak kenangan bersamanya walaupun masih baru  menjejak kaki ke sekolah ini.  Arwah seorang yang peramah dan cepat mesra dengan semua rakan-rakan.Tahun 2011 kami bersama-sama di bilik guru menunggu anak dari kelas tambahan tahun 6. Ternampak-nampak telatahnya yang sangat mengambil berat tentang solat anak-anaknya sebaik sahaja masuknya waktu solat. Walaupun pada tahun 2012, arwah telah dapat bertukar ke Kuala Terengganu dan berpindah ke rumah barunya berkebetulan dengan suaminya yang bersara dari tentera.  Walaupun setahun mengenalinya dan bersama2 di sekolah, seolah-olah kami amat mesra dan sudah lama mengenalinya.

Pada  hari selasa 29 Mei 2012 yang lalu, mendapat mesej dan panggilan telefon daripada rakan2 mengatakan arwah berada di unit ICU di Hospital Sultanah Kuala Terengganu dan koma serta babynya telah meninggal....berkebetulan anak saudara sebelah hubby di Kuala Terengganu akan berkahwin pada hari Rabu tersebut. Hubby pula kena berkursus 3 hari di Kuala Lumpur dan terpaksa pergi sendiri dengan anak2 ke majlis tersebut.  

Ya Allah,  tabahkan hati keluarga arwah dengan apa yang berlaku ini.Insyaallah selepas majlis akad nikah anak saudara hubby,  nak pergi ke hospital untuk menziarahi beliau. Selepas majlis akad nikah pada tengaharinya, petangnya ke hospital bersama2 dengan anak2.. di pertengahan jalan mendapat mesej daripada cg Wani yg mengatakan Cg Azila telah meninggal dalam sekitar jam 3.3o petang... Cg Zaimah pula telefon memberitahu hal yang sama dan memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital dengan suaminya bersama dengan ustaz Nazri.. tetiba saja rasa sangat sayu dan terkejut dengan berita ini.  terbayang bagaimanakah keadaan anak-anaknya seramai 5 orang yang masih kecil itu,  yang sulung baru tingkatan 1 dan bersekolah di Besut, anaknya yang bongsu 4 tahun.. Dengan perasaan yang sebak, nasib baik dapat lagi memandu kereta sehingga sampai di hospital..

Diperkarangan hospital berjumpa dengan suaminya dan anak2 hendak ke surau untuk solat asar.. Nampak wajah2 yang sunggul dan sedih, namun itulah takdir yang tidak dapat dielakkan.
Terus naik ke wad 3 di unit ICU dengan ditemani Nuha, anaknya yg sulung,.. Tidak dapat melihat jenazah arwah  sehingga jam 6.30 petang selepas semua pemeriksaan oleh doktor.  Dapat menatap wajah terakhir arwah dengan Cikgu Zaimah... alangkah damainya wajah tersebut, seolah-olah sedang tidur... semoga arwah dicucuri rahmatNya.  Arwah pergi dengan tiba-tiba menyebabkan semua ahli keluarga terkejut dan sebak. Jodoh dan maut  adalah ketentuan Ilahi.. al-fatihah untuk arwah

Jenazah arwah sampai ke rumah ibunya hampir pukul 8 malam, dan disempurnakan selepas solat isya pada malam itu juga.  Rumah ibu arwah selang satu lorong dengan rumah Kakak Ipar .Pada pagi Khamis, bersama-sama dengan Cg Aznida serta Kak Lah, kak Rusni, Zalina dan Rabihah yg datang dari Besut ke rumah ibu arwah di sini.  kami berjumpa dengan ahli keluarganya.  terasa amat sayu dan sedih mendengar luahan hati suami arwah.  katanya arwah pergi dengan baby lelaki pertamanya yg dinanti-nantikan selama ini.  Bagaimana dengan kehidupan keluarga arwah.. Semoga Allah memberikan rahmatNya untuk arwah dan keluarganya..  
.

Musim Baru

Aura menyambut tahun baru masih lagi menyala-nyala dengan azam dan semangat yang baru walaupun sekarang ini dah  menjejak ke bulan Februari.  Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang ditempuhi . Dalam kita melakukan  sesuatu  perkara akan adanya permulaan dengan satu pengakhiran..setiap masa yang berlalu akan terus berlalu pada setiap saat dan detiknya tanpa dapat disekat.  Bak kata pepatah, masa itu emas, setiap saat dan ketikanya amat berharga .

Akhirnya rasa amat berbaloi dengan segala kerja buat selama 4 tahun ini dengan meneruskan pengajian, dapat dilaksanakan dengan izin Allah dengan sebaiknya.. Bila keluarnya result  akhir, keputusan peperiksaan masih lagi cemerlang walaupun pada semester akhir itu amat mencabar. Syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyelesaikan pengajian ini. Penat lelah selama ini rasanya amat berbaloi dengan satu kepuasan..

Tahun 2013 ini membawa seribu satu makna...  rasanya  tahun ini dapat meneruskan aktiviti berblog ini... kalau tahun2 sebelumnya kekangan masa..tapi tahun ini di harapkan ada masa2 yang terluang untuk memeriahkan lagi blog ini tanpa terbiar usang..