Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

17 Jun 2015

Bercuti ke Cameron Highland

Dah lama tak bercuti di  cameron ummi....Kakak teringin nak ke sana....aduhai...anak2 ni...ummi dengan  abah baru nak rehat balik  lawatan dr Phuket......Mana aci umi dengan abah yang je yang pergi bercuti...
Adik nak pergi Gambang...tak nak ke Cameron ...si abang pulak tak kisah...

Seharian hari jumaat tu dok cari hotel...nak ke mana...cameron ke gambang...last2 try jgk  booking satu apartment di cameron, Tanah Rata.

Akhirnya pg Ahad tu.. 7 Jun..ke Cameron jugak...si adik memuncungkan  diri...hampa nak ke Gambang tak dapat...

Memandangkan kita pergi musim cuti sekolah..jem jugak di Cameron...














02 Mac 2015

Entry lepas...Jamuan akhir tahun 2014

Jamuan akhir tahun 2014 anjuran kelab guru diadakan di Resort Villa Danialla, Bachok pada 8 Nov 2014..  Sudah menjadi satu rutin bagi sekolah ini, guru yang bertugas pada minggu tersebut akan menjadi juruacara untuk setiap majlis yang diadakan di sekolah.

Nampaknya rezeki tahun ini kena menjadi mc bagi majlis jamuan akhir tahun dan juga jamuan perpisahan pertukaran cikgu pemulihan YM Engku Rosmawati yang akan mula bertugas di SK Alor Keladi , Bergabung dengan Sir Murugan dalam menjayakan majlis tersebut...  Bila kita jadi mc ni...nak makan pun rasanya tidak sempurna... emm..nasib badanlah jawabnye...makanan punya lah banyak...alahaii...

























15 Februari 2015

entry lepas..Perkhemahan

Perkhemahan Unit beruniform pada 6-7 November 2014 yang diadakan di dataran perhimpunan SK Pelagat.