Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

22 Disember 2010

Azam Baru

Sempena tahun baru yang akan menjelang tiba....maka azam baru akan tersemat....setiap orang mempunyai azam untuk menempuh tahun baru..

Nampaknya untuk tahun baru ini kena bermula dengan azam baru.... tahun depan bermulanya dengan suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan yang paling penting dengan bos yang baru....minggu ini baru dapat surat untuk pertukaran guru...nampaknya saya ni salah seorang yang termasuk dalam rombakan pertukaran besar-besaran itu....maklumlah...rasanya dah berkulat dok kat sekolah lama...bermulanya dari posting sampai lah sekarang.. dari bujang sekarang dah ada anak....rasanya dah 15 tahun disini....  sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis bermulanya langkah menjadi seorang pendidik.... itu asam garam kehidupan..setiap pertemuan pasti adanya perpisahan...rindukan pada teman-teman...rindukan pada kenangan dan persekitaran......   yang pastinya tahun baru ini akan melangkah denagan seribu pengharapan .. 

Tahniah juga pada my hubby yang telah dinaikkan pangkat......selamat bertugas ditempat baru... semoga dapat menjadi seorang bos yang berdedikasi  dan bertanggungjawab...   setiap cabaran yang mendatang jika dapat ditangai dengan berkhemah akan menghasilkan kejayaan... 

Yang paling sedih namapaknya anak sulung lah... maklumlah tahun baru ini akan menghadapi UPSR... setara sayang untuk meninggalkan kawan-kawan dan guru-guru....  yang dua orang lagi tu lagi seronoklah dapat sekolah dekat rumah....