Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

13 September 2010

Sebulan berpuasa

Sebulan telah berlalu ramadhan , kini syawal menjelang tiba...Alhamdullah..berjaya juga Azib untuk berpuasa di bulan ramadhan...tak sangka dapat puasa penuh tahun ini memandangkan pada tahun lepas hanya beberapa hari saja puasa, itupun hanya separuh hari... tahun ni dah masuk 8 tahun..."abah cakap kalau adik puasa penuh tahun ini,  abah bagi upah duit raya???? "  agaknya inilah yang menjadi sumber inspirasi untuk puasa penuh...  pada pagi raya dah mintak habuannya... 

Raya tahun ini disambut dengan sederhana sahaja...memandangkan dapat cuti seminggu sebelum raya boleh lah siapkan langsir rumah yang dah lama terkubur... akhirnya dapat juga disiapkan walaupun tidak sesempurna tukang jahit....ini cuma bidang terjun saja...bolehlah jimatkan duit untuk upahnya...