Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 April 2011

akhirnya..merdeka..

Akhirnya selesai juga hari ini menjawab kertas peperiksaan untuk semester ini... nanti tunggu resultnya pulak..masa tu barulah sedikit berdebar..camne ... masa jawab soalan..hentam saja lah..janji jawab..

Cuma hari ini tidak lah rasa sepenat sabtu minggu lepas... apa taknya pakai drebar..lagipun minggu lepas dalam satu hari 2 kertas.. mt pada sebelah pagi nya, ps sebelah petangnya... aduh balik bawak keretapun semacam je..nak pecah kepala dok jawab soalan...  ha sekarang ni boleh relaks sakan lah sementara masuk sem baru..

Bolehlah mulakan projek tambahan  lain lak..nak kekalkan johan 3K bagi kelas untuk bulan depan..  itu satu cabaran kat sekolah baru ni...

03 April 2011

Kerana mu..

Pada hari jumaat, selepas je sembahyang jumaat, sempena dengan pesta buku Kelantan yang sedang di adakan dan dipromosikan oleh SMO.. pergi je.... apa yang paling penting sebenarnya hari ini ada Upin dan Ipin kat pesta buku...tak jadi le nak study nampak gayanya..apa yang nak dijawab esok yee.. demi anak-anak..

Penuh sesak orang kat dewan..nak dapatkan belon free bukannya sekejap..tunggu jugak..nak jugak..itu lah Azib..terpaksa berebut dengan orang ramai nak dapatkan belon free...

Tup tap tup tap... siap dok beratur lagi nak bergambar dengan Upin ipin..bersesak-sesak...time macam mengalahkan pengantin baru berpossing je..  dalam kesesakan tu..sempat lah bergambar buat kenag-kenangan..