Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

25 Januari 2011

anak-anak...

Hari ini ujian TOV bagi semua murid tahun 2 -6  telah bermula sehingga hari khamis ini... Balik sekolah petang kelmarin, afiq mengadu sakit kepala...nampaknya selepas diberikan ubat, tidur sekejap , nampak berkurangan, tapi malamnya pulak demam.... kasihan pulak...nak periksa demam...

Pagi tadi, bila afiq bangun terus makan ubat, nampaknya demam makin kuat..makan ubat dan tetap ke sekolah kerana hari ini ada ujian... minggu lepas Azib yang demam namun tidak melarat..berkebetulan dengan cuti hujung minggu...mungkin musim demam memandangkan sekarang cuaca yang tidak menentu...

Hari khamis ini bermulanya latihan untuk larian kecergasan...bagaimana agaknya...budak2 tu boleh berlari atau tidak...kalau sebelum ini, kat sekolah lama..alani dan azib tu tumpang sekaki dengan ibunya di tempat checkpoint...tahun ni..tengok lah macamana...memandangkan tempat cp akhir tu depan rumah..tak tau lah kut2 terus melencong balik ke rumah...

16 Januari 2011

di sini....

Minggu ni masuk minggu ke 3 persekolahan...  begitu cepat masa berlalu... tak sangka betul dah berada di sekolah ni dah masuk hampir 3 minggu... Anak-anak nampaknya dah boleh terima pertukaran sekolah ini..mungkin yang paling mereka suka ialah dapat berbasikal untuk latihan sukan di sekolah...maklumlah kalau sebelum ini hanya berbasikal di sekitar rumah sahaja..

Kesibukan di sekolah baru tidak bermakna melupakan rakan-rakan di sekolah lama... terlalu banyak kenangan pahit dan manis di sekolah yang lama...terasa rindu pada kawan-kawan....rindu dengan persekitaran sekolah walaupun di sekolah yang baru ini mempunyai lebih banyak kemudahan, namun rasanya lebih banyak lagi keistimewaan di sekolah yang lama.....

Cuma bebanan kerja yang ditanggung tidak seberat yang lama.... baru terasa menjadi seorang guru biasa, yang tugasnya hanya menguruskan p&p... kalau sebelumnya banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa dibuat... itulah yang dikatakan , lain tempat lain caranya...

Modul OUM pun dah dapat, maka bermula lah sesi Januari... semester ni semester yang pendek, kelas tutorial pun hanya 4 kali sahaja tetapi modulnya 3...padat jugak tu.... makin lama belajar, semakin mencabar... yang pastinya bila dapat soalan tugasan nanti...kepala makin pusing...

03 Januari 2011

Hari Pertama Sekolah

Hari ini merupakan hari yang pertama persekolahan bagi tahun 2011...  Hari ini merupakan hari pertama di sekolah baru...namanya dah lama mengajar tapi dek kerana dok kat satu sekolah lama sangat sampaikan tak sedar masa berlalu dengan pantas... Pejam celik pejam celik rupanya dah 15 tahun bergelar pendidik... dah 15 tahun jugak lah di panggil ' cikgu'.  Rombakan pertukaran dilakukan bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat di satu-satu sekolah...nampaknya cik ann ni tergolong dalam kumpulan itu rupanya....

Rasa kaku , canggung dan bermacam lagi perasaan yang terasa... dari sekolah zon yang lain, masuk ke zon jerteh ini..manakan kenal kawan-kawan..nasib baiknya kenal dua tiga orang yang sama belajar di OUM.. kalau tak lagi terasa...  lain sekolah lain budayanya, lain corak pentadbirannya.  mungkin kerana sentiasa berada di dalam keadaan  zon selesa menyebabkan terasa sedikit  kelainan  di tempat baru ini.  Semua ini hanya sementara sahaja, dalam seminggu dua, semuanya akan seperti sedia kala..." dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"..

Dalam kepala tak terfikir untuk  bertukar sekolah, perancangannya pada tahun hadapan... tapi tetap akur pada keadaan.. selagi kita bergelar guru, dimana-mana sahaja kita bertugas tugasnya akan tetap sama..   Terima kasih buat hubby kerana telah banyak menyuntik semangat..  Cuma terasa kasihan pada afiq, tahun ini menduduki UPSR, kena bertukar sekolah dan terpaksa berdepan dengan suasana yang baru, mungkin dengan iklim sekolah yang agak berbeza.  Walau apapun,  belajar dimana -mana tetap sama asalkan rajin dan berusaha akan mendapat kejayaan.