Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

25 Januari 2011

anak-anak...

Hari ini ujian TOV bagi semua murid tahun 2 -6  telah bermula sehingga hari khamis ini... Balik sekolah petang kelmarin, afiq mengadu sakit kepala...nampaknya selepas diberikan ubat, tidur sekejap , nampak berkurangan, tapi malamnya pulak demam.... kasihan pulak...nak periksa demam...

Pagi tadi, bila afiq bangun terus makan ubat, nampaknya demam makin kuat..makan ubat dan tetap ke sekolah kerana hari ini ada ujian... minggu lepas Azib yang demam namun tidak melarat..berkebetulan dengan cuti hujung minggu...mungkin musim demam memandangkan sekarang cuaca yang tidak menentu...

Hari khamis ini bermulanya latihan untuk larian kecergasan...bagaimana agaknya...budak2 tu boleh berlari atau tidak...kalau sebelum ini, kat sekolah lama..alani dan azib tu tumpang sekaki dengan ibunya di tempat checkpoint...tahun ni..tengok lah macamana...memandangkan tempat cp akhir tu depan rumah..tak tau lah kut2 terus melencong balik ke rumah...

4 ulasan:

cemomoi berkata...

moga cepat sembuh.

kalu dah cp kat rumah, sah le terus balik tu

anismi berkata...

to cemomoi,

kalau makan ubat, tentunya cepat sembuh..insyaallah..

kut2nya tunggu kat depan rumah je..bila sampai rakan2 yg lain follow ke sekolah je...

Cikguzam berkata...

salam kak,
saya doakan semoga ia cepat sembuh. Amin Amin Amin

anismi berkata...

to cikgu zam,
Tima kasih...Nampaknya dah semakin sihat... petang ni pulak nampak beria-ia nak masuk latihan larian cergas...