Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

02 Mac 2015

Entry lepas...Jamuan akhir tahun 2014

Jamuan akhir tahun 2014 anjuran kelab guru diadakan di Resort Villa Danialla, Bachok pada 8 Nov 2014..  Sudah menjadi satu rutin bagi sekolah ini, guru yang bertugas pada minggu tersebut akan menjadi juruacara untuk setiap majlis yang diadakan di sekolah.

Nampaknya rezeki tahun ini kena menjadi mc bagi majlis jamuan akhir tahun dan juga jamuan perpisahan pertukaran cikgu pemulihan YM Engku Rosmawati yang akan mula bertugas di SK Alor Keladi , Bergabung dengan Sir Murugan dalam menjayakan majlis tersebut...  Bila kita jadi mc ni...nak makan pun rasanya tidak sempurna... emm..nasib badanlah jawabnye...makanan punya lah banyak...alahaii...