10 sifat-sifat tercela yang menyebabkan manusia tidak bahagia di dunia dan akan mendapat balasan yang buruk selepas mati..
1. BANYAK MAKAN
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur. Ini
menyebabkan kita lalai daripada ibadah dan zikrullah.
2. BANYAK BERCAKAP
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.
3. PEMARAH
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.
4. HASAD
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya dan berdukacita
apabila orang lain mendapat kurniaan Allah SWT.
5. BAKHIL
Kedekut untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah dan untuk agamaNya
6. HUBBUL - JAH
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu
tidak iklas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.
7. HUBBUDDUNIA
Gemarkan kesenangan hidup dan kemewahan hidup. Kesenangan duniawi yang membawa
lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada Allah. kesenangan duniawi tidak sepatutnya
membawa lupa.
8. TAKABBUR
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya
sahaja yang betul.
9. BANGGA DIRI
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya,
akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.
10. RIAK
memperlihatkan atau menunjuk-nunjukkan amalannya kepada orang lain. Semata-mata
niatnya hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia.
petikan ;
risalah dari surau stadium sultan mahmud iv,KB.
* pesanan dari hamba allah yang menulis risalah ini..... semoga mendapat keberkatan dan manfaat yang berguna..
( Doakan jua untukku selamat dunia dan akhirat. amin ya allah... amin..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan