Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat,
dibentuk dan dibakar. Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.
Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.
Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.
Teknik Pembuatan Tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin
Proses
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu.
Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah
sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama
tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan
untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di
sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk
menguatkan tembikar.
7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar.
Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian
badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam
keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.
Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)
1) Labu Gondol atau Labu Air
2) Labu Kepayang atau Labu Pucung
3) Labu Gelugur
4) Labu Tanah
5) Labu Panai
6) Labu Kepap
7) Labu Tela
8) Labu Leper atau Labu Bocong
Reka Bentuk Tembikar Tradisional
Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.
Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium
Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang
Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya Ukiran serta tingkatkebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.
Kawasan Perusahaan Tembikar
1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar – Perak.
2. Lenggong, Grik – Perak.
3. Bukit Gantang, Taiping – Perak.
4. Pulau Tiga, Parit, Perak.
5. Kampung Alur Merah – Kedah.
6. Sungai Dua, Seberang Prai – Pulau Pinang.
7. Sungai Puyu, Seberang Prai – Pulau Pinang.
8. Kampung Periuk, Tumpat – Kelantan.
9. Kampung Mambong, Kuala Krai – Kelantan.
10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling – Pahang.
11. Kuching – Sarawak
2 ulasan:
salam..
Akak ada entry video cara buat labu sayong ni..tengok dalam http://lamanshaniza2u.blogspot.com/search/label/labu%20sayong
To Shaniza,
terima kasih...akak pun peminat seni warisan jugak yee..
Ni semua dah jadi satu warisan zaman. .
Catat Ulasan