Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

15 Februari 2015

entry lepas... Reunion SMTM92

Pertemuan kali pertama , semenjak dari tahun 1992 setelah masing-masing membawa haluan sendiri setelah menduduki peperiksaan STPM pada waktu itu di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Pertemuan pada hari raya aidil fitri yang ke tiga pada tahun 2014 telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terputus... dalam diam..rupanya kita semua tidak berjumpa hampir 22 tahun...

Masing-masing telah mempunyai keluarga dan kerjaya yang berbeza...

Pertemuan ini mengimbas kembali segala kenangan yang bertamu di hati...kenangan yang mengusik jiwa, pelbagai ragam dan memori kita semua.... bagaikan baru semalam kita berpisah sedangkan hampir 22 tahun dan kini bertemu semula...

Kenangan dibangku sekolah, dimarahi oleh guru-guru, didenda, bergurau dan bermasam muka sesama kita menjadikan semua itu memori indah yang sentiasa dikenang sepanjang hayat ini... Kenangan manis di zaman persekolahan sentiasa diingati ...kita tidak dapat lagi menoleh ke belakang atau mengundurkan setiap saat masa yang berlalu..

















Tiada ulasan: