Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

15 Februari 2015

entry lepas... Kenangan SMTM92



















































entry lepas... Reunion SMTM92

Pertemuan kali pertama , semenjak dari tahun 1992 setelah masing-masing membawa haluan sendiri setelah menduduki peperiksaan STPM pada waktu itu di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.

Pertemuan pada hari raya aidil fitri yang ke tiga pada tahun 2014 telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terputus... dalam diam..rupanya kita semua tidak berjumpa hampir 22 tahun...

Masing-masing telah mempunyai keluarga dan kerjaya yang berbeza...

Pertemuan ini mengimbas kembali segala kenangan yang bertamu di hati...kenangan yang mengusik jiwa, pelbagai ragam dan memori kita semua.... bagaikan baru semalam kita berpisah sedangkan hampir 22 tahun dan kini bertemu semula...

Kenangan dibangku sekolah, dimarahi oleh guru-guru, didenda, bergurau dan bermasam muka sesama kita menjadikan semua itu memori indah yang sentiasa dikenang sepanjang hayat ini... Kenangan manis di zaman persekolahan sentiasa diingati ...kita tidak dapat lagi menoleh ke belakang atau mengundurkan setiap saat masa yang berlalu..

















10 Februari 2015

Anak-anak didikku

Sudah hampir dua bulan tahun 2015 berlalu....tiba-tiba hari ini teringin untuk menjengah blog ini yang dah semakin usang....

Ingatkan tahun ini nak aktifkan balik blog ini...

Bila buka gambar yang lama...terjumpa dengan gambar-gambar lama anakanak didik..terasa rindu dengan gelagat mereka di dalam kelas.... Semoga bila mereka melangkah ke alam sekolah menengah mampu untuk berdikari dan menjadi seorang pelajar dan anak-anak yang baik serta mendengar kata guru dan ibu bapa...










23 Disember 2014

telepon

Lamanya tak buka blog ini... Nak kata sibuk sangat , sekarang ni musim cuti sekolah...maklumlah sekarang ni banyak sangat dok layan wassap ...macam-macam group ada...daripada group sekolah, group sek menengah dulu..group semasa belajar di maktab..group family..

Dengan kecanggihan teknologi smartphone sekarang ni..macam2 ada .... semua perkara tu ada pro dan kontra nya... ada yang boleh memberi kebaikan dan ada juga keburukan... yang pastinya kita dapat berhubung balik dengan teman2 yang lama seolah2  kita beada pada situasi tersebut... tetapi ada juga masalah yang timbul bila asyik dengan telepon saje... mulalah pasangan kita asyik dok menjeling2 saje time pegang telepon..hihi..

Macam-macam  hal sebenarnya yang boleh berlaku di sebabkan telepon ni...bergaduh pun boleh kerana telepon...apapun..gunalah dengan berhemah agar tidak menyentuh perasaan pasangan kita... mungkin terasa terabai.. Dengan teknologi dihujung jari, semua aktiviti dan berita dapat kita tahu... itu kelebihan yang paling nyata...




23 September 2014

Perjuangan yang belum selesai...

Perjuangan yang masih belum selesai....itu lah hakikat yang perlu diterima oleh semua orang...terutamanya bagi semua murid calon upsr tahun ini...

Cabaran dek kerana tempias oleh soalan bocor menghantui minda semua calon upsr dan semua guru ...

Buat julung2 kalinya..peperiksaan upsr ini telah diistiharkan bocor dan terpaksa di ulang balik untuk kali yang ke duanya..


Teruskan perjuangan buat anak-anak didik ku semoga kalian semua akan dapat meneruskan perjuangan ini dan sekali lagi menempuh peperiksaan UPSR 2014 pada 30 September dan 9 Oktober ini..





17 September 2014

Sudah terlalu lama tidak menjengah pada blog ini...sudah terlalu banyak isu yang telah menjadi lapuk....

Terasa masa dari sehari ke sehari banyak perkara yang perlu dibereskan menyebab ianya menjadi basi dan terus menyepi...

Mungkin banyak perkara yang boleh dikongsikan bersama  terlepas untuk di kongsikan ....

Mungkin selepas ini dapat dimuatkan entry lama yang msih boleh dipaparkan...

Semua perkara perlu dihadap untuk mendapatkan hasil yang terbaik...




16 September 2013

Merdeka anak didikku

Dengan berakhirnya Peperiksaan UPSR 2013 ini pada 10 hingga 12 september.....maka merdekalah anak-anakku sehingga keluarnya keputusan nanti..

Banyak perancangan yang akan dilakukan bagi mengisi masa yang terluang...
Semoga masa-masa yang terluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk mengisi aktiviti yang bermanfaat dan dapat memberi impak yang baik..

Nampaknya bagi guru kelas tahun 6, walaupun peperiksaan UPSR telah berakhir tidak bererti tugasan kita semua semakin berkurangan... Guru kelas terpaksa memantau kemasukan ke sekolah berasrama penuh yang dibuat secara online dan diisi oleh ibu bapa penjaga...  Selain itu, sijil berhenti sekolah perlu diproses dari sekarang untuk memudahkan dan mengelakkan kerja2 di saat-saat akhir...

Walau apa pun... buat kerja dengan sehabis baik tanpa tekanan mana-mana pihak itulah yang sepatutnya  berlaku..

09 September 2013

Hari-hari terahir menjelang UPSR

Hari ini adalah hari-hari yang terakhir sebelum peperiksaan bermula... Dalam waktu kecederaan ini, hati guru-guru yang paling berdebar....dapat menjawab soalan kah nanti anak-anak didik ku ini.... Apakah yang dipelajari selama ini dapat input yang baik....

Pagi sebelum waktu persekolahan, sembahyang solat hajat dan membaca surah yasin di lakukan setiap pagi.









08 September 2013

cepatnya masa

Sudah terlalu lama rasanya blog ini berlalu tanpa diusik....hajat di hati sentiasa bersemangat untuk menulis.... apakan daya terasa masa begitu singkat untuk bertabuh dan menulis helaian di blog ini..... hari ini terpanggil-panggil untuk menulis....

Peperiksaan UPSR hanya 2 hari lagi..Debaran semakin terasa.... semoga anakanda dan anak-anak didik dapat menjawab dengan baik dan cemerlang.... Doa ibu dan semua guru sentiasa mengiringi....




10 Februari 2013

Pemergian yang tidak diduga......



Walaupun hampir setahun berlalu, tetiba saje teringatkan arwah cg Azila yang telah kembali pada hari Rabu 30 Mei 2012. Tetiba sahaja teringatkan arwah bila terjumpa gambarnya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah.  Terlalu banyak kenangan bersamanya walaupun masih baru  menjejak kaki ke sekolah ini.  Arwah seorang yang peramah dan cepat mesra dengan semua rakan-rakan.Tahun 2011 kami bersama-sama di bilik guru menunggu anak dari kelas tambahan tahun 6. Ternampak-nampak telatahnya yang sangat mengambil berat tentang solat anak-anaknya sebaik sahaja masuknya waktu solat. Walaupun pada tahun 2012, arwah telah dapat bertukar ke Kuala Terengganu dan berpindah ke rumah barunya berkebetulan dengan suaminya yang bersara dari tentera.  Walaupun setahun mengenalinya dan bersama2 di sekolah, seolah-olah kami amat mesra dan sudah lama mengenalinya.

Pada  hari selasa 29 Mei 2012 yang lalu, mendapat mesej dan panggilan telefon daripada rakan2 mengatakan arwah berada di unit ICU di Hospital Sultanah Kuala Terengganu dan koma serta babynya telah meninggal....berkebetulan anak saudara sebelah hubby di Kuala Terengganu akan berkahwin pada hari Rabu tersebut. Hubby pula kena berkursus 3 hari di Kuala Lumpur dan terpaksa pergi sendiri dengan anak2 ke majlis tersebut.  

Ya Allah,  tabahkan hati keluarga arwah dengan apa yang berlaku ini.Insyaallah selepas majlis akad nikah anak saudara hubby,  nak pergi ke hospital untuk menziarahi beliau. Selepas majlis akad nikah pada tengaharinya, petangnya ke hospital bersama2 dengan anak2.. di pertengahan jalan mendapat mesej daripada cg Wani yg mengatakan Cg Azila telah meninggal dalam sekitar jam 3.3o petang... Cg Zaimah pula telefon memberitahu hal yang sama dan memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital dengan suaminya bersama dengan ustaz Nazri.. tetiba saja rasa sangat sayu dan terkejut dengan berita ini.  terbayang bagaimanakah keadaan anak-anaknya seramai 5 orang yang masih kecil itu,  yang sulung baru tingkatan 1 dan bersekolah di Besut, anaknya yang bongsu 4 tahun.. Dengan perasaan yang sebak, nasib baik dapat lagi memandu kereta sehingga sampai di hospital..

Diperkarangan hospital berjumpa dengan suaminya dan anak2 hendak ke surau untuk solat asar.. Nampak wajah2 yang sunggul dan sedih, namun itulah takdir yang tidak dapat dielakkan.
Terus naik ke wad 3 di unit ICU dengan ditemani Nuha, anaknya yg sulung,.. Tidak dapat melihat jenazah arwah  sehingga jam 6.30 petang selepas semua pemeriksaan oleh doktor.  Dapat menatap wajah terakhir arwah dengan Cikgu Zaimah... alangkah damainya wajah tersebut, seolah-olah sedang tidur... semoga arwah dicucuri rahmatNya.  Arwah pergi dengan tiba-tiba menyebabkan semua ahli keluarga terkejut dan sebak. Jodoh dan maut  adalah ketentuan Ilahi.. al-fatihah untuk arwah

Jenazah arwah sampai ke rumah ibunya hampir pukul 8 malam, dan disempurnakan selepas solat isya pada malam itu juga.  Rumah ibu arwah selang satu lorong dengan rumah Kakak Ipar .Pada pagi Khamis, bersama-sama dengan Cg Aznida serta Kak Lah, kak Rusni, Zalina dan Rabihah yg datang dari Besut ke rumah ibu arwah di sini.  kami berjumpa dengan ahli keluarganya.  terasa amat sayu dan sedih mendengar luahan hati suami arwah.  katanya arwah pergi dengan baby lelaki pertamanya yg dinanti-nantikan selama ini.  Bagaimana dengan kehidupan keluarga arwah.. Semoga Allah memberikan rahmatNya untuk arwah dan keluarganya..  
.

Musim Baru

Aura menyambut tahun baru masih lagi menyala-nyala dengan azam dan semangat yang baru walaupun sekarang ini dah  menjejak ke bulan Februari.  Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang ditempuhi . Dalam kita melakukan  sesuatu  perkara akan adanya permulaan dengan satu pengakhiran..setiap masa yang berlalu akan terus berlalu pada setiap saat dan detiknya tanpa dapat disekat.  Bak kata pepatah, masa itu emas, setiap saat dan ketikanya amat berharga .

Akhirnya rasa amat berbaloi dengan segala kerja buat selama 4 tahun ini dengan meneruskan pengajian, dapat dilaksanakan dengan izin Allah dengan sebaiknya.. Bila keluarnya result  akhir, keputusan peperiksaan masih lagi cemerlang walaupun pada semester akhir itu amat mencabar. Syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyelesaikan pengajian ini. Penat lelah selama ini rasanya amat berbaloi dengan satu kepuasan..

Tahun 2013 ini membawa seribu satu makna...  rasanya  tahun ini dapat meneruskan aktiviti berblog ini... kalau tahun2 sebelumnya kekangan masa..tapi tahun ini di harapkan ada masa2 yang terluang untuk memeriahkan lagi blog ini tanpa terbiar usang..