Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

13 Ogos 2009

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam diseluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus iklas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa , semua golongan Islam, miskin dan kaya, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketaqwaan.
  4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
  5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  7. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
  8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW: maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadhan deangan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"
  9. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
  10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
  11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Dipetik dari : Indahnya Hidup Bersyariat

Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid

Tiada ulasan: