Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

25 Ogos 2009

Kelebihan Solat Tarawih Pada Malam-malam Bulan Ramadhan

  • Malam 1 : Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan ibunya.
  • Malam 2 : Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
  • Malam 3 : Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan:"Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu."
  • Malam 4 : Diberi pahala yang sama dengan pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5 : Diberi pahala seperti orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram di Makkah, Masjid an-Nabawi di madinah dan Masjid al-Aqsha di Palestin.
  • Malam 6 : Diberi pahala seperti orang yang tawaf di Baitullah; batu-batu serta pasir memohon ampun baginya.
  • Malam 7 : Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
  • Malam 8 : Diberikan oleh Allah seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim alaihis salam.
  • Malam 9 : Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Malam 10 : Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
  • Malam 11 : Keluar dari dunia seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu, bersih daripada segala dosa.
  • Malam 12 : Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  • Malam 13 : Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
  • Malam 14 : Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
  • Malam 15 : Diminta ampun oleh para Malaikat yang memikul Arasy dan Kursy.
  • Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
  • Malam 17 : Diberi pahala seperti pahala para Nabi.
  • Malam 18 : Diseru oleh para Malaikat :"wahai hamba Allah! Bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu."
  • Malam 19 : Diangkat darjatnya ke Syurga Firdaus.
  • Malam 20 : Diberi pahala para syuhada' dan sholihin.
  • Malam 21 : Dibina rumahnya dari nur di dalam Syurga.
  • Malam 22 : Kelak di hari Qiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  • Malam 23 : Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
  • Malam 24 : Diberi pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.
  • Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.
  • Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
  • Malam 27 : Ketika melintas Sirat(jambatan) pada hari kiamat kelak, dia dapat melintas dengan lajunya bagaikan kilat yang menyambar.
  • Malam 28 : Allah mengangkat dengan seribu darjat.
  • Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
  • Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah:"wahai hambaKu! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandulah dengan air Salsabil (air syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari telaga Kausar. Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaKu."

Tiada ulasan: