Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 Oktober 2009

Sekolah...sekolah....sekolah...

      Dah lama tak update blog ini..bukannya ape.. tak sempatpun nak bukak intenet.  Rasanya kerja sambung menyambung.. lepas satu-satu yang datangnya.. habis saje pendaftaran online upsr selesai, dok sibuk lak dengan mesy panitia yang belum selesai... datang pulak lah pasal aset kerajaan ni... banyaknye benda kena buat.. tak tau apa-apa tentang aset ni, nasib baiklah pergi taklimat dengan cc.. bolehlah bertanya dan settle kan hal ni... Boss pun bimbang jugak kut.. maklumlah pada 12 hb ni ppd yang akan turun ke sekolah untuk memantau dan pada 18hb ni pulak... pihak kementerian bahagian aset akan turun ke sekolah di besut ni... tak tau lah pulak sekolah mana yang terlibat nanti..

     Kuliah telah bermula dan bermakna assg pun dah keluar... ni kena siap awal2 ckit... kalau tak...naya le..





ni khemah tunas puteri... nak sempat nak berhias cantik2... maklumlah kita tak de org lelaki...
semuanya puteri....


Alamak... sekolah pun sibuk nak berkhemah... dalam musim angin ribut dan cuaca yang tidak menentu ni nak berkhemah lah pulak... haru  birunya nanti... nak buat minggu depan nak cuti hari ahad tu dah raya deepavali so.. nak tak hendak minggu ni pulak..  Petang khamis.... hujan dengan lebatnya turun sambil kilat sambung menyambung... rasanya belum masuk asar lagi dah hujan... cadangnya nak ke sekolah awal ckit sebelum asar tapi dek hujan lebat pergi dah kul 6... kat sekolah x de letrik le... harunya ... waktu makan... anak-anak ni makan dalam gelap je... nasib baik cikgu yang masak makanan semua.. kalau tak kebulur lah anak-anak yang berkhemah ni.... untung badan budak sekarang... zaman kita dulu, time khemah ni masak sendiri... kalau nasi mentah pun telan je lah ...manja2 semuanya.. sembahyang mahrib dalam gelap.... nasib baik masa lepas sembahyang elektrik dah ada... bolehlah baca yasin beramai2...  esok sehari lagi...tapi kejap je.. selepas majlis penutup kira dah abis ni.. tak sempat makan tengahari pun.... yang bestnya... ari ahad cuti.... bolehlah buat assg...





ni gajet yang sempat dibuat.... ala kadar je...
nasib baik tak runtuh je...







ni gambar unit tunas puteri.... cikgu kat tengah tu tenggelam dengan anak2 buah...cg yang lain tak nak masuk bergambar... maklumlah panas ni...




ni taklimat yg di berikan oleh kem komander ... ustaz faiza dgn cikgu rizal..



      Hari rabu (7/10/09), kelas 5 Arif buat majlis perpisahan untuk cikgu Zainab yang akan  bertukat ke SK Kg buluh, naik pangkat jadi PK 1... tahniah....moga menjadi seorang PK yang berkalibar.... esh..eshhh.. sedihlah pulak... murid2 tahun 5A ni dah berpakat untuk buat jamuan kejutan.... menitis air mata cikgunya terharu.... esh..esh..esh... berbaloi jugaklah saya berpakat menolong budak2 ni...



ni siap pasang2 reben kat muka pintu kelas ni...





ucapan akhir untuk anak2 didik....





aduh.... semuanya sedih... menangis lepas bersalaman....

kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi..




wah... caya lah... ustaz yang jadi dj utk ari tu.... 


Tiada ulasan: