Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

08 Jun 2010

Musim kenduri

Cuti sekolah telah bermula.... pada hari sabtu  minggu pertama...banyaknya kenduri kahwin yang kena pergi... tapi hanya pergi 2 tempat sahaja.... kebetulannya pada hari tersebut satu-satunya mak saudara sebelah keluarga arwah ayah meninggal...sakitnya dah lama ..tapi tidak berkesempatan untuk menziarahi pada saat-saat akhir.. semoga rohnya dicucuri rahmatNya.. amin..

Dalam banyak perkara pada hari tersebut , masih sempat lagi ke kenduri datuk saudara kat Jerangau Barat..rasanya dah lama tak pergi... memandangkan rumahnya jauh masuk ke dalam kampung.. terpaksa mencari di mana simpang untuk ke kampungnya...kalau dulu sebelum ni kena cari wakaf hijau ..baru boleh masuk simpang jalan ke kg... cari punya cari dengan hubby...tetiba je dah sampai kat sempadan Dungun..ni mesti dah terlepas jalan..kita pusing balik...tel keluarga yang lain..rupanya wakaf tersebut telah dibina yang baru dan bukan warna hijau seperti sebelumnya tapi dah bertukar warna coklat...mujurlah sempat lagi ke kenduri tersebut walaupun dah lewat petang...

Pada  minggu akhir cuti... ada lagi kenduri kahwin,  kerani sekolah...sempat atau tidak  pergi....walau bagaimanapun " selamat penganti baru buat Shana"..

Anak-anak sibuk plan nak bercuti masa cuti sekolah ni... kena tengok aktiviti yang lain dulu...

4 ulasan:

shaniza berkata...

salam..
Banyak betul kenduri sehinggakan tak termakan dibuatnya..
Seronok cuti ni kalau dpt balik kpg kan..

anismi berkata...

To kak niza,

Dalam dok meriah makan kenduri kena jaga kesihatan jugak...nantikan naik darah sebab terlebih makan daging..barulah bercuti kat hospital..

nak balik kg pun...memang duduk dekat dengan family ...tak merasa balik kg...

khairul berkata...

Camtulah bila kita dah berkeluarga...cuma jangan lupa kepada orang tua hok mana ada lagi.Tq sebab selalu ikut blog say

anismi berkata...

Salam,

Kalau ada masa nanti bolehlah selitkan kemahiran dalam permainan sofball tu. mungkin ada orang yang berminat ...