Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

05 Julai 2010

Demi masa...

Rasanya dah lama benar tak menulis blog ini.... sekarang ni banyak entri yang nak dimasukkan tapi tak mempunyai masa yang mencukupi untuk layan blog ni semua.... Rasanya masa makin semput...... terkejar2 masa nak siapkan tugasan yang perlu dihantar pada tutor pada hujung minggu ini...adus....Belajar pada semester ni rasanya paling penat sekali... kerja-kerja jabatan, peperiksaan yang hampir untuk tahun 6... bermacam-macam gerak gempur yang nak di lakukan dalam 3 bulan terakhir sebelum upsr... pening-pening kepala... yang paling kasihannya murid-murid upsr lah...

Kat sekolah lak, rasanya dah naik muak nak periksa kertas-kertas soalan.. bayangkan untuk bulan julai ni sahaja ada 4 peperiksaan bagi murid upsr.... pra percubaan, percubaan dan dua ujian dalaman sekolah...

Rasanya kalau di hitung-hitungkan..semakin hampir dengan upsr semakin penat rasanya guru-guru tahun enam.. silap-silap haribulan mula lah...tarik muncung masing-masing..

Tiada ulasan: