Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

28 Ogos 2011

Bila nak raya..

Hari ini dah masuk hari ke 28 kita berpuasa... bahang hari raya  semakin terasa... anak-anak semakin gembira kerana segala persiapan hari raya telah pun lengkap..hanya tunggu tiba dan saatnya sahaja... semua surirumah sekarang ni sibuk dengan persiapan akhir sebelum hari raya...nak kemaskan rumah, nak beli barang-barang untuk persediaan hari raya dan banyak lagi..pendeknya banyaknye kerja yang hendak di bereskan...

Namun dalam kegembiraan ini terpalut debaran yang kian terasa...walaupun bergembira untuk menyambut 'hari kemenangan ' ini, hati tetap tidak berkeruan..... UPSR   oh UPSR... lepas raya ni ada seminggu je sebelum UPSR... Afiq sekarang ni relaks sahaja...agaknya bila dah cuti untuk raya ni...segala-galanya dah cuti... buku-buku sekolah tah kemana....pantang nampak saja laptop free... mula lah dok bukak game.... ini lah dilema yang dihadapi oleh murid2 tahun enam...pendeknya orang lain pun macam ni jugak... ibu bapa jugak yang runsing...

Walaupun berbuih mulut guru-guru berpesan..raya- raya jugak..belajar-belajar jugak... .tapi bila time nak raya ni... semuanya dah melayang  ke mana....



Tiada ulasan: