Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

31 Ogos 2009

pi round kuala terenganu

Hari ni pergi ke Kuala Terengganu... pergi hantar kak ahh (anak sedara) naik bas nak pergi kuantan..
Kesian pulak pada kak ahh... terpaksa balik kampus dengan bas... sampai kat kuantan naik  bas pula  nak pergi muazzam...  kalau sebelum ni relaks je menumpang kawan.(dah abis blaja). tapi sekarang dah terpaksa bersusah-susah ckit....tak pe lah kak ahh.... berbaloi itu semua... janji dapat berbuka puasa kat rumah lagi best.... siap kena masak lagi..

Pergi pulak kat Mydin... my hubby nak beli kopiah rayer... ramainya nye orang.... maklumlah hari ni hari kemerdekaan....masing2 nak shopping untuk rayer le... apa lagi poket tengah penuh ni....

Adik dengan kakak dah monyok muka... tak larat nak berjalan.. masing2 berebut nak masuk dalam troli...sian pulak.. puasa2 gni... tapi kalau tinggal kat rumah lagi susah... so pakai bawa semua  senang cerita..
Aduh penat sungguh beratur untuk membayar... punya lah ramai ...
Tapi kira berbaloi lah... datang cni dah beli kuih untuk rayer... Kira aci tu... nak buat kuihpun rasanya tak... tambah2 baru rasa nak merdeka bila budak2 dah abis upsr...

25 Ogos 2009

Kelebihan Solat Tarawih Pada Malam-malam Bulan Ramadhan

  • Malam 1 : Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan ibunya.
  • Malam 2 : Dosanya diampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
  • Malam 3 : Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan:"Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu."
  • Malam 4 : Diberi pahala yang sama dengan pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5 : Diberi pahala seperti orang yang mengerjakan sembahyang di Masjid al-Haram di Makkah, Masjid an-Nabawi di madinah dan Masjid al-Aqsha di Palestin.
  • Malam 6 : Diberi pahala seperti orang yang tawaf di Baitullah; batu-batu serta pasir memohon ampun baginya.
  • Malam 7 : Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir'aun dan Haman.
  • Malam 8 : Diberikan oleh Allah seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim alaihis salam.
  • Malam 9 : Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
  • Malam 10 : Dikurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat.
  • Malam 11 : Keluar dari dunia seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu, bersih daripada segala dosa.
  • Malam 12 : Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
  • Malam 13 : Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
  • Malam 14 : Disaksikan oleh para Malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
  • Malam 15 : Diminta ampun oleh para Malaikat yang memikul Arasy dan Kursy.
  • Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
  • Malam 17 : Diberi pahala seperti pahala para Nabi.
  • Malam 18 : Diseru oleh para Malaikat :"wahai hamba Allah! Bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu."
  • Malam 19 : Diangkat darjatnya ke Syurga Firdaus.
  • Malam 20 : Diberi pahala para syuhada' dan sholihin.
  • Malam 21 : Dibina rumahnya dari nur di dalam Syurga.
  • Malam 22 : Kelak di hari Qiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
  • Malam 23 : Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.
  • Malam 24 : Diberi pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.
  • Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.
  • Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
  • Malam 27 : Ketika melintas Sirat(jambatan) pada hari kiamat kelak, dia dapat melintas dengan lajunya bagaikan kilat yang menyambar.
  • Malam 28 : Allah mengangkat dengan seribu darjat.
  • Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
  • Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah:"wahai hambaKu! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandulah dengan air Salsabil (air syurga yang sedap diminum) serta minumlah dari telaga Kausar. Akulah Tuhanmu dan engkaulah hambaKu."

15 Ogos 2009

wallpaper

saya suka sangat dengan wallpapers dari laman web ini... sangat menarik dan memberikan banyak pengajaran... boleh dapat banyak lagi gambar dari laman tersebut.




































































13 Ogos 2009

percutian di De Rhu




ni semasa bercuti di Cherating Pahang,
De Rhu Resort

cantiknya kolam kat sini..
sangat sesuai untuk anak-anak mandi



wah... bestnya mandi..
jom abah... join kita semua..




kalau boleh... nak datang selalu kat sini...
best...

seronoknya mandi sungai...









ni masa mandi kat sungai... hujung minggu.. best jugak sekali-sekala pergi mandi sungai.... santai je.. anak-anak suka habis.... bila tengok saja gambar ni.. mesti diaorang tanya bila lagi ummi nak pergi mandi sungai.....








banyak dapat ikan adikk...















eee... sejuk tapi best...












tiga dara pingitan....

HIKMAH BERPUASA DAN KELEBIHAN RAMADHAN

  1. Ketibaan Ramadhan, umat Islam diseluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus iklas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  2. Dengan diwajibkan berpuasa , semua golongan Islam, miskin dan kaya, berada dan tidak berada, terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih-mengasihi sesama umat Islam.
  3. Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketaqwaan.
  4. Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan, sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi.
  5. Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran.
  6. Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil.
  7. Kedatangan Ramadhan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah (badan) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.
  8. Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW: maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadhan deangan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"
  9. Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan.
  10. Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
  11. Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.

Dipetik dari : Indahnya Hidup Bersyariat

Dato' Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab.Hamid

12 Ogos 2009

saya budak baru belajar

Gembira pula rasanya bila saya berjaya membina blog sendiri. Sebenarnya sudah agak lama saya bercita-cita demikian. Lagi-lagi bila anak saya sering bertanya bila lagi ummi nak buat blog. Sebenarnya saya memang nak bina blog, tapi tak tahu caranya........ maklumlah saya ni jenis buta komputer.. Alhamdullillah..... akhirnya berjaya juga saya bina blog ini walaupun tidak menarik.. janji saya dapat tunjukkan kepada anak-anak saya sudah ada blog sendiri...