Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan





Pejam celik pejam celik, akhirnya tiba bulan ramadhan... rasanya baru sekejap masa berlalu dah nak berpuasa..
Untuk puasa kali ini, anak-anak nampaknya dah tak sabar untuk berpuasa...dari semalan dari dok hafal niat puasa yang diajar oleh ust. n ustazah kat sekolah.. Tahun ni Azib dapat puasa atau tidak, tengok keadaan... kalau Afiq dan Alani dah berpuasa penuh tahun lepas... Azib cuma beberapa hari sahaja...Insyaalllah dah semakin besar mungkin dapat menahan kesabaran..

Nampak gayanya peperiksaan akhir untuk semester Mei ni, exam dalam bulan puasa... untuk paper pk n psv berturutan harinya pada hujung minggu ini.  Bagi.satu pagi dan satu petang.. kalau paper yang periksa petang tu..nampaknya terpaksa terkejar2 masa..sempat atau tidak berbuka puasa di rumah ataupun dipertengahan jalan je..Nasib baiknya untuk maths pada minggu akhir ogos ..sempat lah study sedikit....

Dalam menyambut bulan ramadhan ni... ada sms dari kawan-kawan yang sempat dihantar..terima kasih diatas tanda ingatan... kalau dilihat..macam-macam gaya penulisan bagi menyambut kedatangan bulan ramadhan..
Antara sma yang diterima  :-

1.   Salam Ramadhan al Mubarak . selamat menyambut bulan ramadhan.

2.   Salam, ..... Nama saya Syaa'ban.... Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda esok bersama isteri nya iaitu Rezeki & kedua-dua  anaknya iaitu sahur & Iftr... Mereka akan ditemani  oleh ketiga2 cucunya iaitu Rahmat, Barakah & K'ampunan..... mereka akan pulang selepas 30 hari dgn menaiki pesawat penerbangan Eidu.  Slmat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

3.   Tiada hari seindah jumaat.  Tiada kata seindah zikir. Tiada ibadah seindah solat & tiada bulan seindah Ramadhan.  salam ramadhan Al-mubarak dan selamat berpuasa.

4.   Pejam celik pejam celik. Dh lma X jmpe. Pejam celik dh dkt nok pose. makin dipejam celik, makin banyak salah  dan dosa.  sementara masih celik banyak2 lah buat pahala.  Sebelum pejam  x celik2 harap maaf jk tslh kata. Slmat berpose n slmt bertrwih.

5.   Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada terlanjuran kata.  Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa.  Harap dimaafi segala-galanya."selamat menyambut ramadhan al-mubarak."

6.