Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

30 Julai 2011

Kenapa?

Sudah lama tidak membuka dan menulis blog ini... kekadang hanya buka sekadar sepintas lalu...jauh sekali untuk mencoretkan coretan... kenapa sekarang  tidak seperti sebelumnya.... kalau nak di katakan sibuk, dulu dan sekarang pun masih sama dengan aktiviti dan rutin harian....   cuma sekarang ini sibuk sedikit pasal tahun ni afiq akan menduduki UPSR tak lama lagi... cuma kekangan masa menghantar dan mengambilnya dari kelas.... yang lain-lain seperti biasa...

Kekadang untuk melakukan sesuatu perkara memerlukan minat....ya...perkara pokoknya sekarang betul2 tidak ada mood untuk menulis... kenapa dan kenapa.......

Rutin harian ke sekolah  untuk mengajar dan balik ke rumah... mungkin gaya di sekolah  sekarang ini juga turut mempengaruhi....???