Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

19 April 2010

Teknik Menggambar

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni.  Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak.  Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid.  Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai  media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya.  Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.  Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya.  Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.  Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.




1)   Teknik lukisan.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan.  Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.



2) Teknik Catan
            Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus.  Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.



3)  Teknik Kolaj
            Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang  mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi.  Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.  Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan  secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.



4)  Teknik Montaj
            Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar.  Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.  Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.



5)  Teknik Cetakan
            Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan .  Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.  Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.  Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti .  Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.  Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.  



6)  Teknik Resis
            Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.  Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.  Lilin digunakan untuk  menutup kawasan permukaan kertas atau kain.   Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.  Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.  Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.



7)  Teknik Gosokan
            Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.   Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.  Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.  Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.  Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin.  Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.



8)  Teknik stensilan
            Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.  Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas.  Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.



9)   Teknik percikan
            Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite- style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.  Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.  Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.   Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.  



10) Teknik Gurisan.
            Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek  atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas.  Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar.  Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

11)  Teknik Capan
            Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan.  Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas  sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan  berbagai jenis bahan.  Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang).  Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.


12)  Teknik Mozek
            Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar.  Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek.  Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni.  Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.



12 April 2010

Jamuan Pertukaran

Hari ini my hubby dapat jemputan ke sekolah lamanya bagi menghadiri satu majlis sempena pertukarannya yang diraikan oleh semua warga SK OH..

ni pesanan dari my hubby khusus untuk warga SK OH.....

Terima kasih buat semua warga SKOH diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua guru-guru dan juga staff sepanjang  dibawah pentadbiran selama ini, semoga segala kekilafan sepanjang berada di sekolah ini dapat dimaafi.  Segala yang  terbaik itu datangnya dari Allah dan keburukan itu adalah dari kelemahan diri sendiri...

sedih jugak lah yee agak2nya my hubby ni ..maklumlah banyak kenangan di sekolah ini.. saya tak dapat masukkan gambar semasa majlis tersebut...tersebut...cuba juga jenguk2 blog kak Hasnah kut2 ada sekeping dua  gambar...tak ada entri lagi pun..

Banyak jugak hadiah yang dapat... sempatlah dia snaps dengan anak2 untuk kenangan-kenangan... tapi saya tak sempat pulak nak tolong bukak hadiah..maklumlah time tu jugak nak selesaikan urusan kat dapur...perut ni dah berkeroncong dah...







ni hadiah daripada pekerja swasta


hadiah daripada Cg Azmi, Ustaz Rosdi dan Pn Hasnah


daripada guru dan murid tahun 1 , 3 & 4






ni  daripada pra sekolah..


Disekitar karnival PDRM

Sekitar karnival PDRM Bersama Masyarakat besut 2010. Kami pergi pada waktu petang, kebanyakan gerai pameran telah dikemaskan , hanya beberapa gerai sahaja lagi yang masih ada...tapi masih sempat menonton persembahan dikir barat dari SMK Tengku Mahmud 2 dan pertandingan ppco-poco..

















10 April 2010

TEMBIKAR


Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat,
dibentuk dan dibakar.  Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia.
Hampir semua tembikar yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat.

Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi yang membanggakan.



Teknik Pembuatan Tembikar:
(a) Teknik picitan
(b) Teknik lengkaran
(c) Teknik kepingan
(d) Teknik Lempar Alin

Proses
Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.
1.  Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu.   
     Ayak debu tanah liat untuk mengasingkan batu-batu kecil dan sampah 
     sarap yang terdapat di dalam tanah.
2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama  
     tiga hari.
3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.
4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan
     untuk proses penyambungan tanah liat yang digelungkan.
5.  Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.
6.  Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di 
     sebelah dalamnya ditahan dengan tangan. Ini bertujuan untuk 
     menguatkan tembikar.
7.  Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. 
    Tekan dan gerakkan bahagian mata pisau dari bawah ke atas.
8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian 
     badan dan kepala tembikar siap dibuat semasa tanah liat masih dalam  
     keadaan separuh siap (‘leather hard’).
9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir.
10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar.
11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai
12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam.
13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.



Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)

1) Labu Gondol atau Labu Air
2) Labu Kepayang atau Labu Pucung
3) Labu Gelugur
4) Labu Tanah
5) Labu Panai
6) Labu Kepap
7) Labu Tela
8) Labu Leper atau Labu Bocong



Reka Bentuk Tembikar Tradisional
Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan ciri-ciri tersendiri.

Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium
Negara dan Muzium Taiping telah dapat dikesan tentang kepandaian orang
Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya Ukiran serta tingkatkebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan nilai-nilai estetika.



Kawasan Perusahaan Tembikar
1. Kampung Sayong, Kuala Kangsar – Perak.
2. Lenggong, Grik – Perak.
3. Bukit Gantang, Taiping – Perak.
4. Pulau Tiga, Parit, Perak.
5. Kampung Alur Merah – Kedah.
6. Sungai Dua, Seberang Prai – Pulau Pinang.
7. Sungai Puyu, Seberang Prai – Pulau Pinang.
8. Kampung Periuk, Tumpat – Kelantan.
9. Kampung Mambong, Kuala Krai – Kelantan.
10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling – Pahang.
11. Kuching – Sarawak