Nampaknya dah semakin usang blog ini kerana tidak berkesempatan untuk update... nak kata sibuk sangat tak jugak... tapi nak kata tak de kerja... memang banyak kerja..... Tambahan pulak peperiksaan untuk semester 1 telah selesai... maka bermula lah kerjanya... kena masukkan markah exam ni dalam "e-pantau."..
Cuti penggal persekolahan ni tak usah nak berangan nak relaksnya... ada kelas cuti terancang..dan panitia matematik mengadakan kem gerak gempur matematik memandangkan subjek matematik yang paling kritikal bagi murid tahun 6...
Alahai yang paling harunya nak periksa PTK...tak lulus-lulus jugak..target nak dapat 4..asyik dapat 3 je...
Pertukaran Online baru2 ni ada jugak memohon pertukaran di dalam daerah...malangnya permohonan tak diluluskan ..nampaknya berkulatlah dok disekolah ni lagi...tahun depan memang dah tak boleh pindah dah...maklumlah ada anak yang akan menduduki UPSr....kena tunggu lagi setahun lah untuk memohon pertukaran...
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.
31 Mei 2010
16 Mei 2010
15 Mei 2010
Sukan sekolah
Sukan sekolah bermula pada petang selasa sehingga pagi khamis... nampaknya tak sempat nak berehat panjang...hari sabtu pulak ada gotong royong dan sambutan hari guru peringkat sekolah diadakan pada hari ahad..
walau bagaimanapun...setelah bertungkus lumus...akhirnya rumah hijau tetap unggul.... hijau tetap juara....syabas pada guru-gurunya....
walau bagaimanapun...setelah bertungkus lumus...akhirnya rumah hijau tetap unggul.... hijau tetap juara....syabas pada guru-gurunya....
barisan sebahagian guru dari rumah hijau bersama ratu..dengan maskotnya..
afiq pun masuk perbarisan
dari bilik kh ke padang
pertandingan khemah dapat no 3..
06 Mei 2010
Jamuan kelas Afiq
Kelas Afiq sempat mengadakan jamuan hari jadi untuk guru kelasnya.... kebetulan juga untuk jamuan perpisahan dengan guru-guru praktikum yang mengajarnya..... sempat lagi buat jamuan siap dengan panggil guru besar pulak tu...
Jamuan ini di kendalikan sendiri oleh mereka... tahunya hari jamuan sebab nak buat persiapan... dibantu oleh guru-guru praktikum...
Langgan:
Catatan (Atom)