Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

22 Februari 2010

Sekolah...sekolah...sekolah...

Minggu ini rasanya minggu yang agak sibuk dengan aktiviti sekolah...  Kelmarin, hari ahad merupakan hari mesyuarat agong pibg.... dalam kelam kabut... masih lagi sempat buat persediaan ...maklumlah minggu lepas cuti hari raya cina.. nasib baik hari rabu dan khamis bersekolah... bolehlah buat mana2 persediaan yang perlu..

Hari ini dan esok merupakan permainan bola jaring peringkat zon... nampaknya zon jabi mendahului zon2 yang lain.. tambahan pulak sekolah menjadi tuan rumah dalam pertandingan ini.... bertambahlah bebanan kerja... ....

Hari rabu pulak..adalah hari kesihatan.. satu pameran kesihatan dan rawatan di adakan di sekolah... masa ni lah nak check ada tak terlebih gula atau naik darah...

hari khamis ada ape ye... lupa pulak nak semak...harap2 tak adalah mesyuarat...

rasanya dalam seminggu ni tepu kepala dengan pelbagai perkara... .. 

14 Februari 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR & PMR Daerah Besut 2009


Majlis Anugerah ini dibuat di Dewan Gong kemuntong... setiap sekolah rendah diwajibkan kehadiran seramai 19 orang guru UPSR dan sekolah menngah seramai 33 orang yang hadir..






menyambut kehadiran menteri Pelajaran kita


bersalaman dengan tetamu yang menyambut kehadiran


sempat bersesak untuk mengambil gambar dari dekat..


Isteri Menteri Pelajaran Malaysia.... sempat bersalaman...


Pandangan dari luar dewan...penuh sesak..


kumpulan rebana membuat persembahan




tempat pendaftaran guru-guru.


aturcara majlis

07 Februari 2010

Terbebankah....

Dah lama tak update blog ni.... memandangkan sekarang banyak sangat kerja2 yang perlu dibereskan sampaikan nak menjengok blog pun tak sempat... nampaknya guru ni selain mengajar banyak lagi kerja2  lain yang di luar bidang tugas..

Rasanya dalam kepala sekarang dah tepu dengan pelbagai perkara... dalam kekalutan tugasan seharian .. nak selesaikan tugasan yang kena hantar pada tutor...  entah lah... rasanya tolak ketepi yang kurang penting... buat yang terpenting... tapi dalam kepala ni semua kerja yang kena buat ni penting2 semua... alahai  apa lah nasib...

Apa tak penatnya... tahun ni kena ambik alih tugas guru data... guru data yang lama tu dah bertukar...ni yang bertambah bebanan kerja...dok fikir2 alangkah seronoknya kalau menjadi seorang guru yang tugasnya hanya mengajar tanpa ada apa2 bebanan tugas yang lain...time cuti kita cuti.. ( nampaknya mimpi di siang hari lah...)..mana ada guru yang begitu.. kekadang kerja 2 di sekolah di bawa ke rumah untuk diselesaikan...

Betulkah pandangan masyarakat tugas guru itu mudah... hanya mengajar murid,.. pagi ke sekolah, tengahari balik  rumah.., dapat cuti yang panjang semasa cuti sekolah...??? Adakah semudah A B C.....