Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

28 November 2009

cerita kahwin 3

sambung cerita kahwin.... untuk buat koleksi gambar kahwin... mak andam terpaksa datang semula selepas banjir....

maklumlah ada lagi pelamin... ...

bersolek sekali lagi pengantin ... 3 persalinan baju....  afiq yang snaps..




possing di atas motor..





ditemani pengapit







azib dan anak-anak buah




azib dan adi






di taman 

cerita kahwin 2

Hujan  turun semakin lebat semenjak jumaat bermulanya cuti sekolah.... hari ahad majlis meyambut menantu di rumah cik lah ( jiran sebelah.. kakak ipar)

Camne  majlis kahwin dalam  keadaan hujan lebat.... hari sabtu air memenuhi jalan dihadapan rumah..
apa lagi anak-anak berpesta bermain air....
menjelang petang air makin bertambah... makanan untuk kenduri rumah cik lah di tempah.

Malangnya rumah tempat tempahan makan banjir.... apa lagi kena masak sendiri lah kat rumah.... nasib baik mak mertua dan beberapa orang jiran yang menolong... bayangkan ayam 70kg nak kena buat sendiri...

Pagi kenduri cik lah pergi beli  bahan 2 untuk memasak.... harunya... nasib baik ada yang dapat memasak gulai... bahagian hiasan khemah jadi kelam kabut je.... nak cari alas meja, dengan hujan lebatnya...

Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun tetamu yang bertandang terpaksa mengharungi air  ke tempat kenduri...
Pengantin tersekat air di Kg Pengkalan Kubur yang ditutup pada semua kenderaan..
cik ann dan hubby cuba pergi ke Kg Saujana di setiu tempat pengantin  berkumpul mengikut jalan kg iaitu di anak musang... itu lah kali pertama ikut laluan tersebut... jalan kampung.. ada juga air yang melintasi jalan..laju juga arusnya..

Memandangkan air sungai semakin  meningkat, hanya pengantin sahaja yang pulang..  kelaurga yang lain berpatah balik . harunya... majlis kenduri ni dalam sejarah...


pengantin tengah bersiap di rumah cik ann..




bergamabar dihadapan rumah... tak sempat nak snaps gambar pengantin berselipar jepun..






anak dara cilik menjadi pengapit...




sambil menunggu pengantin tiba..





nak ambil gambar kandid ye...




hanya pihak lelaki sahaja.




letihnya.... tak kira ada handbagpun... tidur aje asalkan dapat terlelap sekejap...




letihnya kak ahh.... gambar curi ni... sorry lah kak ahh...



anak dara sapa ni...


cerita kahwin 1

Dah lama tak sempat nak update blog ni... memang sibuk memanjang...maklumlah result upsr keluar ari khamis, last cuti sekolah..... nak kena buat analisa SBT dan hantar laporan pada hari ahad...
adus....rasanya cbuk sangat...

Cik Lah pulak buat kenduri pada hari jumaat.... rombongan ke rumah pengantin perempuan di K. trg... then sambutan menantu di sini pada hari ahad...
Hari jumaat tu... memang kat sini hujan memanjang... camne nak buat majlis kahwin nanti... walau bagaimanapun, cuaca di besut hujan tapi bila kita sampai kat K.Trg tak hujan pulak... nasib baik le...





ke rumah pengantin perempuan..




ni sebahagian daripada barang-barang hantaran...





sambil berjalan pun masih sempat berpossing lagi...








tiga anak dara pingitan....




dalam kalut nak balik sempat lagi naik untuk bergambar dengan pengantin..



selamat pengantin baru kimi & hani.... moga bahagia selalu...




ni kat rumah cik long sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan





makan pengantin...hanya mak dan cik lah je....






anak dara cilik berdua ni mengekor je ke mana  pengantin pergi...atas tangga sempat berpossing..





masa tengah ambik gambar pengantin pun  pun sempat lagi mencelah untuk berposing .... anak sapa ni hah....

22 November 2009

banjir...banjir..

Hujan yang diramal berlaku di pantai timur peringkat kuning telah melanda pada hari khamis dan jumaat....
Nampaknya hujan tak berhenti2 sehingga hari sabtu...

pagi sabtu.... bukak sahaja pintu tengok air yg banyak kat depan rumah... agak2nya boleh keluar kereta tak...apalagi budak2 pun mengambil kesempatan lah.... main air...
gambar ni sempat snaps hanya sebelah petang je... air pun dah surut...


afiq dan adam ni depan rumah mak..





wah... ni tepi rumah  mak...seronok habis..




air banyak pun masih nak berbasikal...




macam2 gaya dalam air




jalan nak masuk ke rumah.... banjir... kereta tak boleh lalu dah..




ni pandangan dari rumah... laluan keluar... dah tenggelam..




penuh perasaan bermain air...




ni kuak lentang ke...

sama2 terlentuk dalam air..


** banyak lagi gambar... malas nak upload..lambat..

21 November 2009

upsr...makin mantap...

tahniah.....tahniah...tahniah.... buat semua guru2 upsr dan murid2 yg berjaya dan pentadbir sekolah....
peningkatan

kalau tahun sebelumnya pencapaian upsr terbaik iaitu seramai 27 orang, namun tahun 2008 upsr telah menjunam turun ke 11 orang sahaja... ini merupakan satu pukulan terhadap gb dan barisan guru upsr...

kami semua terpaksa bekerja keras untuk melonjakkan kembali.... pendeknya upsr adalah lambang bagi sesebuah sekolah...cemerlang upsr maka cemerlang lah sekolah tersebut...

tahun ni pencapaian 5A telah meningkat kepada 23 orang dan seramai 13 orang yg mendapat 4A 1B... seorang murid dari kelas yg ke 2 telah mendapat 5A... tahniah anak-anakku....


gb mengumumkan keputusan upsr 2009

pencapaian m/p sains amat memberangsankan... telah memperolehi 55 orang A daripada 94 calon... sangat berbeza dari subjek2 yg lain...



debaran yang dirasai oleh murid2



kegembiraan jelas terpancar di wajah mantan penyelaras upsr... beliau bergegas datang dari sk kg buluh untuk melihat prestasi upsr....


barisan calon yg mendapat 5A


guru-guru turut bergaya....ceria semuanya..


** bagaimana dengan tahun 2010.... adakah dapat meningkatkan prestasi....?????

18 November 2009

jantung bergetar.....

berdebar-debar lah rasanya....

tak sabar nak menanti....

tapi yang pastinya...... ramai lagi yang turut berdebar...

esok adalah penentunya......

yaa.... upsr keluar esok.....

agak2nya  makin naik atau terus sangkut... ...

apa yang takutnya malam ni ramai yang  tak lelap tido...

tunggu lah... 8.30 esok nak pergi ambik results......

16 November 2009

dapat hadiah....

Hari sabtu lepas, lepas cik ann habis exam midterm di oum... kami berdua sebenarnya, cg nora, pergi kat jamuan sekolah... rasanya ni lah pertama kali menjejaki kaki di restoran sham bunga raya... nasib baik le ada parking... kebetulan pada masa yang sama ada 3 majlis yg diadakan serentak di sini... kalau tengok pada harga dan menunya tak lah mahal sangat... cuma RM18 untuk satu kepala... cuma jauh ckit dari sekolah je... melintasi sempadan negeri...tu pun ada suara2 sumbang yang mengatakan jauh, tapi pengerusi kelab guru kami, ustaz faiza ni bila dia dah buat keputusan, sudah pastinya tidak akan berganjak dari yang asalnya..

Berbalik pasal jamuan ni... juga meraikan dua org iaitu Pn Zainab.(walaupun dah buat kat sek, gb kata ni yg rasminya)  dan kerani sekolah Pn Rusliza yg akan bertukar ke SK Amir.. nampaknya sekolah telah kehilangan kerani yang berwibawa... apapun Ka Za, terima kasih di atas bantuan selama ini, terutamanya nak buat tuntutan SBT... ni ada 3 bulan lagi..( kak za janji nak datang petang time cuti sek nanti...) apa2 pun harap beres semuanya..

Kami sampai, majlis baru bermula... nampaknya banyak juga hadiah... ada cabutan bertuah 30 hadiah... tapi satu pun tak kena... nasib2 tak ada rezeki... Gb mengumumkan hadiah khas dari pihak sekolah... cik ann ni tak pernah dapat hadiah khas... maklumlah kalau kehadiran awal.. selalu lewat ke sekolah..,  kalau buku rekod lak... ada juga miss tak hantar.. yg lain2 banyak lagi tapi tak pernah sangkut..  Tiba2 naik pula nama cik ann sebagai org yg tak pernah ambil cuti tahun ni .... biar betul... rasanya tak percaya..  cik ann tak nak naiklah... kut2 tersalah ..tapi gb jelaskan ada panel2 tertentu yg memilih... ooo rupanya tahun ni tak ambil cuit lagi ye... lupa lah pulak... ingat ari tu ada ambik mc... tapi masa kursus kdp 14 minggu rupanya.. so kira bersih tahun ni rekod.. emm dapat satu hadiah.... Then cik ann dapat juga satu lagi hadiah khas iaitu bilik yang paling ceria .... bilik apa lagi bilik kh lah.... wah puas hati juga ya... kalau sebelum ni ambik bilik tu yang dah jadi macam stor... hias ckit2 ... berbaloi... tq for my hubby... banyak gak yg dia tolong... kalau tak masih tetap usang je lah.  nanti cik ann uploup foto kemudian.

Kami berdua ni balik lewat juga ya ari tu... dah hampir isyak baru sampai jerteh... my hubby runsing kut (macamane dia rasa kut.) .. dok tel .... mana tak nye... tak pernah pergi kb bawa keta sendiri.. kalau ada pun dulu sebelum kahwin... tapi rasanya bolehlah bawa kalau tak ada mr. kat sebelah tu....  rasanya... janji ada minyak kereta... redah je..he..he..he.. pasal  member ni  yg lain tak tau jalan..

Hari khamis ni upsr dah keluar... dah dapat signal dari gb utk ambil resultnya... camne... berdebarlah rasanya... nasib baik upsr keluar ari khamis, kalau hari rabu, cik ann tak dapat ambil lah.. pergi taklimat sbt di Sk Nur Zahirah.. Nampaknya tak dapat lah tengok penyampaian hadiah.. Alani dapat juga hadiah utk kecemerlangan akademik..  so data sbt pun nak beres juga lah pada ari ahad ni... oooo cik ann ada kenduri rumah c lah...



ni gambar meja vip ni... guru besar and geng...



ni meja kitaorang.... sebelah dengan meja vip... yg harunya... panas ckit pasal aircond tepi cni rosak... makan dengan berpeluh2.... panasnya....



kesedihan yang terpancar jelas di wajah kak nab.... skk dalam kenangan lah..



ni lah pengerusi kelab guru kami... ust faiza..



sebahagian dari menu.... tomyam, telur bungkus, sayur kailam, ikan 3 rasa, daging masak merah, kerabu pauh, ayam kicap... ( hanya rm18 satu kepala.. wah... promosi utk sham restoran ni..)



sebahagian dari cabutan bertuah.... tapi hari tu tak bertuah pun.... ish sedihnya...



ni sebahagian dari pandangan bilik kh...



papan panel yang telah siap...  cuma minta tolong kekawan dan pekerja utk pakukan papannya saje....lain2 buat sendiri ...

11 November 2009

jamuan akhir murid upsr

Hanya semalam cik ann sempat buat slaid untuk jamuan perpisahan tahun 6 ni... sebelum ni nak siapkan kertas2 exam dulu...nampaknya bila my hubby sibuk nak uruskan persaraan gb nya hari ni... cik ann pun sibuk sama... maklumlah sekejap hubby nak ajak beli perabut lah... nak tengok barang2 lain....

Dua tiga hari sebelum ni, tolong siapkan slaid untuk gbnya... cik ann ni tak berapa mahir nak gunakan program utk buat slaid video... try and error lah... buat2... tengok2 tak jadi.... akhirnya dapat juga cik ann siapkan malam kelmarin.... terpaksa bersengkang mata lah.... slaid ni utk program dalaman sahaja  kelmarin.....perpisahan antara gb dgn staff dan murid2.. yg rasminya utk hari ni ustaz kat sek dia yg buat...
boleh lah... dalam try and error ni dapatlah siapkan juga...

semalam bersengkang mata nak siapkan slaid jamuan akhir tahun ni... tambahan pula cik ann nak masukkan gambar2 penyelaras (kak nab)  yg telah naik pangkat.. hari ni dijemput khas datang ke sekolah.... gambar2 murid pun hanya suruh mereka sendiri yg ambil... tak kena dengan kehendak... walau bagaimanapun ok lah.. cuma gambar2 guru2 sahaja yg ada sedikit shj dalam simpanan... apapun gunakan saje mana yg ada...

mungkin dah beberapa hari tidur yg tidak menentu.. pagi ni demam pulak... tel pk1 pergi lewat ckit ke sek.. nak g klinik... anak2 tak payah pergi lah sek.. ummi tak sihat... apa lagi bersorak lah... malas ... tapi kat sek sekrg tak belajarpun.. masing2 bezy utk majlis esok.. ibu bapa kena datang sendiri utk tandatangan buku pkbs anak2..

alamak... nampaknya mid term exam sabtu ni jawab ape ye utk ethics ni.... tak sempat2 nak membaca... ari sabtu ni ada satu lagi majlis jamuan ahkir tahun.. buat kat restoran sham bunga raya di kb... pendeknya cik ann kena drive sendiri lah... nak pergi periksa.( ada dah penumpang 4 org dah booking).. lepas exam pi jamuan lak...jalan2 kat kb ni bukan biasa sangat.. selalunya ada diver kat sebelah.. kira redah je lah... guru2 yg lain pergi naik bas... bersama2 dgn staff yg lain.. hanya berapa kerat shj yg naik kereta..

**** gambar tak sempat nak upload... tambahan lak tak berapa cantik.. bdk2 tu yg ambil hari ni... cik ann dok jaga laktop je.. x sempat nak snaps.. tunggu majlis satu lagi ni..

07 November 2009

hujan... hujan..

Dalam dua tiga hari ni... hujan mula turun seakan bermulanya musim banjir.....
Cik ann terpaksa menyiapkan assg TMK yang belum lagi siap... hajatnya hari khamis( kelmarin tu ) nak settle semua... so balik sekolah lewat ckit nak selesaikan kerja2 terakhir untuk persembahan p point... anak2 bertiga tu senyap je... ingatkan main dekat dewan... rupa2nya jadi anak itik bermain air hujan....dalam  hujan lebat.... ... habis basah semua baju2 sekolah.. .. time naik kereta... basah semuanya.... alamak seminggu lah kereta berbau....

petang khamis pergi HUSM, nak melawat amin... agak2nya lepas ni serik sedikit nak bawa motor laju... berbungkuslah selama 6 bulan nampaknya...... pi round2 jap kat pasaraya baru nirwana depan husm ni... nampaknya barang2 kat cni murah2 lah... boleh lah nanti window shopping d cni..rasanya buah kat cni paling murah lah nak dibandingkan dengan tecso.... nak shopping banyak pun tak de modal sangat... maklumlah panjang lagi masa nak time gaji.... kena berjimat cermat...

sepanjang jalan nak balik memang hujan sangat lebat.. rasa2nya kalau hujan berterusan ni boleh banjir... kat rumahnya pasti ada air kat jalan  ni... ..
pagi jumaat tu... air dah naik dekat jalan... nampaknya tak boleh dah keluarkan kereta ikut depan ni, air banyak...air hujan je sebenarnya... terpaksa keluar ikut rumah c ma...

Ada kelas kat maktab dari pagi sampai petang, break jap utk sembahyang jumaat je..tghari tu, hubby tel air naik kat depan rumah. tak boleh masuk dengan kereta dah.. nak keluar pun tak boleh... nasib baiknya tghari stay kat maktab, kalau balik rasanya penat je..

sampai kat rumah dekat kul 6 tu.. hujan dah reda.. dah boleh masuk kereta tapi ikut jalan rumah c ma je... ikut depan tak boleh lagi... banyak lagi air...
kat rumah ni bukannya air banjir, tapi air hujan....

sekarang ni kepala rasa lega je lepas hantar assg   nak merdeka tak boleh lagi .minggu depan exam mid term lak...  ape pun minggu depan result upsr keluar..... camne ye....

03 November 2009

terkenang rakan2 lama

Setiap hari sentiasa sibuk dengan tugasan harian... maklumlah di akhir tahun ni banyak kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya cuti panjang...
 Terkenang pada rakan-rakan yang lama... kenangan semasa di maktab, bagaimana dengan rakan2 yang lain..

Bagaimana dengan corak kehidupan masing-masing... sudah 14 tahun meninggalkan maktab yang telah menjadikan kita semua seorang guru ..

Untuk rakan serumah sewa, hanya nasirah yang kini masih lagi terus berhubung.  Andaikata kita semua dapat berkumpul sekali lagi, sudah tentu lebih meriah dengan cerita kehidupan yang dilalui bersama.. buat teman2 MT2 di mpktbr sesi 1993/1995 semoga ada kesempatan untuk kita berkumpul semula... hanya masa yang menentukan..


aisyah mariah....


cik ann dapat mms dari nasirah tentang babynya..kiutnya.. semoga sihat walafiat.. terkenang pada kak lisa di KL, yati kat kuantan, jiela di kemaman serta yang lain... semoga tetap menjadi seorang guru yang berdedikasi....

 ***nak masukkan gambar lama tak sempat nak scan lagi...

02 November 2009

minggu ni...

Minggu ni peperiksaan akhir tahun bermula...
Hari ahad sampai hari khamis... macamana dengan anak-anak dan anak-anak didik... berbaloi kah apa yang diajar selama ini....tengok lah results nya nanti...

Tapi apa yang pasti, selepas peperiksaan ini maka makin bertambah lah kerja guru-guru ni... nak tanda kertas, nak isi markah untuk buku pkbs dan susunan kelas untuk tahun depan....kerja-kerja lain lagi... pendek kata selagi bergelar guru... banyak lah pengorbanan yang terpaksa dilakukan...itu seorang guru ....

debaran kian terasa  bila di ambang bulan november ni ... pada  minggu akhir persekolahan yang pastinya keputusan UPSR akan keluar dan menampakkan hasil tungkus lumus guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6.... apapun keputusan... itulah hasil yang di capai...insyaallah..

Tengahari ni dikejutkan dengan panggilan telefon dari hubby mengatakan anak buahnya, amin  Cik Lah, kemalangan motor... patah tangan , kena hantar ke HUSM... berbalutlah tangannya nanti selama 6 bulan...
Amin....Amin... bawak motor laju-laju.. ni lah akibatnya... semoga cepat sembuh...

Hari jumaat ni kena hantar dah assg... pening kepala teringatkan assg seni... kena buat buku scrap...tutor ni macam-macam kejap buat camni... last minute tukar pulak... rasanya malas dah nak baiki sebab semuanya dah siap kena baiki... semestinya nanti nampak kurang cantik... apapun en rashid kira ok lah ye...