Sempena tahun baru yang akan menjelang tiba....maka azam baru akan tersemat....setiap orang mempunyai azam untuk menempuh tahun baru..
Nampaknya untuk tahun baru ini kena bermula dengan azam baru.... tahun depan bermulanya dengan suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan yang paling penting dengan bos yang baru....minggu ini baru dapat surat untuk pertukaran guru...nampaknya saya ni salah seorang yang termasuk dalam rombakan pertukaran besar-besaran itu....maklumlah...rasanya dah berkulat dok kat sekolah lama...bermulanya dari posting sampai lah sekarang.. dari bujang sekarang dah ada anak....rasanya dah 15 tahun disini.... sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis bermulanya langkah menjadi seorang pendidik.... itu asam garam kehidupan..setiap pertemuan pasti adanya perpisahan...rindukan pada teman-teman...rindukan pada kenangan dan persekitaran...... yang pastinya tahun baru ini akan melangkah denagan seribu pengharapan ..
Tahniah juga pada my hubby yang telah dinaikkan pangkat......selamat bertugas ditempat baru... semoga dapat menjadi seorang bos yang berdedikasi dan bertanggungjawab... setiap cabaran yang mendatang jika dapat ditangai dengan berkhemah akan menghasilkan kejayaan...
Yang paling sedih namapaknya anak sulung lah... maklumlah tahun baru ini akan menghadapi UPSR... setara sayang untuk meninggalkan kawan-kawan dan guru-guru.... yang dua orang lagi tu lagi seronoklah dapat sekolah dekat rumah....
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.
22 Disember 2010
05 November 2010
Kem Memanah
Ni masa temankan anak murid ( 2 lelaki dan 2 perempuan ) di Kem memanah daerah bawah 11 tahun. Rupanya memanah ini walaupun agak merbahaya tetapi jika mengikuti langkah keselamatan yang sepatutnya, ia tidaklah merbahaya... sangat menyeronokkan..Masa murid-murid memanah, senang2 je arahkan murid biar memanah tepat pada sasaran...tapi rupanya sangat sukar nak kena pada sasaran... Pada akhir kem, semua guru pengiring di adakan pertandingan memanah... masa tu baru lah tahu betapa sukarnya nak memanah...nampak macam senang..tapi nak kena sasaran tu susahnya...
Tapi ini lah pengalaman yang tidak dapat dilupakan...berbaloi lah kalau menunggu seharian..banyak ilmu yang di perolehi... Salah seorang murid perempuan dari SKK telah terpilih untuk ke peringkat negeri selama 3 hari bagi Karnival Memanah Bawah 11 tahun pada 4 - 6 Nov.

lamanya menyepi
Dah lama tak bukak blog ni....dari sehari ke sehari, dengan kekangan masa ....banyaknya perkara yang perlu diselesaikan...ingatkan selepas peperiksaan upsr selesai..bolehlah dok goyang kaki.... nampaknya makin banyak perkara yang kena dilakukan.... pening-pening... sekarang ni dok tengah tanda kertas peperiksaan akhir tahun...nak buat persiapan untuk majlis kecemerlangan sekolah....
Dalam kekalutan diakhir tahun...banyak pulak kursus dan urusan berkaitan sekolah yang kena selesaikan...apa yang memeningkan ...semuanya kena uruskan secara online...aduh...dengan line internet yang low kat sekolah ..semuanya kena dibereskan dirumah...nasib badan... apa nak jadi dengan tugasan yang perlu dihantar pada tutor...deadline dah dekat ???? .

14 Oktober 2010
Selamat Bertunang
Selepas hari raya aidilfitri, persiapan dibuat untuk pertunangan adik lelaki. Majlis ini diadakan dengan sederhana sahaja. Hanya adik-beradik sahaja yang menghadiri majlis ini... bila keluarga yang besar, ramailah anak-anak buahnya...
Sambutan di Aidilfitri 2010
masak rendang.... |
roti jala... |
Pagi hari raya kat rumah.... |
tak sabar nak beraya.... |
makan dahulu sebelum sembahyang sunat aidilfitri.. |
Langgan:
Catatan (Atom)