Sempena tahun baru yang akan menjelang tiba....maka azam baru akan tersemat....setiap orang mempunyai azam untuk menempuh tahun baru..
Nampaknya untuk tahun baru ini kena bermula dengan azam baru.... tahun depan bermulanya dengan suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan yang paling penting dengan bos yang baru....minggu ini baru dapat surat untuk pertukaran guru...nampaknya saya ni salah seorang yang termasuk dalam rombakan pertukaran besar-besaran itu....maklumlah...rasanya dah berkulat dok kat sekolah lama...bermulanya dari posting sampai lah sekarang.. dari bujang sekarang dah ada anak....rasanya dah 15 tahun disini.... sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis bermulanya langkah menjadi seorang pendidik.... itu asam garam kehidupan..setiap pertemuan pasti adanya perpisahan...rindukan pada teman-teman...rindukan pada kenangan dan persekitaran...... yang pastinya tahun baru ini akan melangkah denagan seribu pengharapan ..
Tahniah juga pada my hubby yang telah dinaikkan pangkat......selamat bertugas ditempat baru... semoga dapat menjadi seorang bos yang berdedikasi dan bertanggungjawab... setiap cabaran yang mendatang jika dapat ditangai dengan berkhemah akan menghasilkan kejayaan...
Yang paling sedih namapaknya anak sulung lah... maklumlah tahun baru ini akan menghadapi UPSR... setara sayang untuk meninggalkan kawan-kawan dan guru-guru.... yang dua orang lagi tu lagi seronoklah dapat sekolah dekat rumah....
4 ulasan:
azam ma'al hijrah tu ari ada satu, nak kena tambah jugak ke ni?
to cemomoi,
setiap kali masuk tahun baru kena ada azam baru...satu untuk dalaman dan satu lagi untuk luaran.... selamat menyambut tahun baru dan ma'al hijrah..
cik ani kena pindah pelagat ek? ayah mi kena katne plak? baideway, selamat bertugas kembali semua! =)
to Cik Bee,
Cik Ani kena kat SK Pelagat, dekat rumah je....Ayah Mie kena kat Keluang...jauhlah ckit..
cabaran mengajar di sini...kena mengajar anak buah...Adli and najmi...
Catat Ulasan