Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

26 Oktober 2009

kenduri kahwin

Sepatutnya cik an kena menghadiri kenduri kahwin mak saudara di felda kerteh pada ari sabtu lepas( 24 hb) , di kemaman..

tapi nak di jadikan cerita.. tarikh hari tersebut ada pulak kuliahnya... dah nasib badan..
Yang lebih harunya.. cik ann ada kelas pada hari jumaat dan hubby pada ari sabtu... cadangnya nak pergi ari sabtu... kalau hubby dah tak dapat pergi.. kena menumpanglah dengan orang lain... tapi semuanya pergi pada ari jumaat...

sebenarnya kalau benar2 nak pergi boleh rasanya ... tapi ada pulak masalah yang timbul... kesian pulak pada alani dan azib... orang lain semuanya pergi...alani pulak asyik bertanya bila nak pergi umi... jadi ke tidak..

Cuma sempat kirimkan hadiah buat pengantin.. hari ni dapat jugalah bunga telur kiriman dari pengantin, bonda yang bagi.. dok fikir2 .. rugi jugak lah tak pergi.. maklumlah boleh jumpa keluarga semua.. bukan boleh selalu berjumpa kecuali ada kenduri macam ni...  dengar ceritanya, kenduri besar lah sebab anak perempuan tunggal.. ada lagi anak yang lain tapi lelaki...

24 Oktober 2009

Aku dan 4 isteri..

Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.


Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.

Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.

Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….

Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?

Doktor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”

Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.

“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.

“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”

Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!

Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.

“Darling, abang akan pergi selamanya…”

“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.

Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.

“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.

Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.

“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”

Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.

Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.

“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.

“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”

“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”

“Dengan lancar?”

“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”

“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”

“Apa masalahnya, bang?”

“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”

Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”

Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.

“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.

“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.

Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.

“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”

Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.

Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.

Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.

Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.

Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.

Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?


" semoga mendapat iktibar untuk kita semua "
petikan : artikel dari laman hanan.com.my

17 Oktober 2009

bulat...ooo bulat..

ni kucing kesayangan anak-anak saya ni... kami semua pelihara dari kecil lagi... setiap hari berebutlah alani dengan azib nak bermain kucing..
setiap hari, bila balik dari sekolah..dengar sahaja bunyi kereta pasti bulat berkejar balik dan menunggu depan pintu... nak makanan ..lapar.... nasi tak makan tapi hanya makan makanan kucing saja..



ni tidur atas katil bersama dengan alani ni.... setiap malam..

Jamuan kecemerlangan

Buat pertama kalinya kat sekolah mengadakan jamuan kecemerlangan bagi meraikan murid-murid yang mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum... nampaknya jamuan ni 2 in 1.  Satu lagi jamuan perpisahan untuk cikgu Zainab yang akan naik pangkat PK1 di SK Kg Buluh... tahniah..  sedih juga yee... dah lama kak Nab mengajar disini dalam 12 tahun... berkuranglah satu teman... nampaknya jawatan penyelaras upsr tu kosong dan siapakah yang mengantikannya nanti... kena tunggu mesy upsr minggu depan...






ni hadiah dari team upsr... wah!!!  dapat cadar...






hadiah dari kelab guru... buku ilmiah.



jamuan kecerlangan ni... ada lah my dohter yang dapat juga ... dari awal tahun dapat 5A...




ni my doter ...   tahniah kakak..





ni tengah dok bersiap untuk jamuan.... ada yang curi tulang nampak....he..he..he..

10 Oktober 2009

Sekolah...sekolah....sekolah...

      Dah lama tak update blog ini..bukannya ape.. tak sempatpun nak bukak intenet.  Rasanya kerja sambung menyambung.. lepas satu-satu yang datangnya.. habis saje pendaftaran online upsr selesai, dok sibuk lak dengan mesy panitia yang belum selesai... datang pulak lah pasal aset kerajaan ni... banyaknye benda kena buat.. tak tau apa-apa tentang aset ni, nasib baiklah pergi taklimat dengan cc.. bolehlah bertanya dan settle kan hal ni... Boss pun bimbang jugak kut.. maklumlah pada 12 hb ni ppd yang akan turun ke sekolah untuk memantau dan pada 18hb ni pulak... pihak kementerian bahagian aset akan turun ke sekolah di besut ni... tak tau lah pulak sekolah mana yang terlibat nanti..

     Kuliah telah bermula dan bermakna assg pun dah keluar... ni kena siap awal2 ckit... kalau tak...naya le..





ni khemah tunas puteri... nak sempat nak berhias cantik2... maklumlah kita tak de org lelaki...
semuanya puteri....


Alamak... sekolah pun sibuk nak berkhemah... dalam musim angin ribut dan cuaca yang tidak menentu ni nak berkhemah lah pulak... haru  birunya nanti... nak buat minggu depan nak cuti hari ahad tu dah raya deepavali so.. nak tak hendak minggu ni pulak..  Petang khamis.... hujan dengan lebatnya turun sambil kilat sambung menyambung... rasanya belum masuk asar lagi dah hujan... cadangnya nak ke sekolah awal ckit sebelum asar tapi dek hujan lebat pergi dah kul 6... kat sekolah x de letrik le... harunya ... waktu makan... anak-anak ni makan dalam gelap je... nasib baik cikgu yang masak makanan semua.. kalau tak kebulur lah anak-anak yang berkhemah ni.... untung badan budak sekarang... zaman kita dulu, time khemah ni masak sendiri... kalau nasi mentah pun telan je lah ...manja2 semuanya.. sembahyang mahrib dalam gelap.... nasib baik masa lepas sembahyang elektrik dah ada... bolehlah baca yasin beramai2...  esok sehari lagi...tapi kejap je.. selepas majlis penutup kira dah abis ni.. tak sempat makan tengahari pun.... yang bestnya... ari ahad cuti.... bolehlah buat assg...





ni gajet yang sempat dibuat.... ala kadar je...
nasib baik tak runtuh je...







ni gambar unit tunas puteri.... cikgu kat tengah tu tenggelam dengan anak2 buah...cg yang lain tak nak masuk bergambar... maklumlah panas ni...




ni taklimat yg di berikan oleh kem komander ... ustaz faiza dgn cikgu rizal..



      Hari rabu (7/10/09), kelas 5 Arif buat majlis perpisahan untuk cikgu Zainab yang akan  bertukat ke SK Kg buluh, naik pangkat jadi PK 1... tahniah....moga menjadi seorang PK yang berkalibar.... esh..eshhh.. sedihlah pulak... murid2 tahun 5A ni dah berpakat untuk buat jamuan kejutan.... menitis air mata cikgunya terharu.... esh..esh..esh... berbaloi jugaklah saya berpakat menolong budak2 ni...



ni siap pasang2 reben kat muka pintu kelas ni...





ucapan akhir untuk anak2 didik....





aduh.... semuanya sedih... menangis lepas bersalaman....

kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi..




wah... caya lah... ustaz yang jadi dj utk ari tu....