Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

05 November 2010

Kem Memanah

 Ni masa temankan anak murid ( 2 lelaki dan 2 perempuan ) di Kem memanah daerah bawah 11 tahun.  Rupanya memanah ini walaupun agak merbahaya tetapi jika  mengikuti langkah keselamatan yang sepatutnya, ia tidaklah merbahaya... sangat menyeronokkan..Masa murid-murid memanah, senang2 je arahkan murid biar memanah tepat pada sasaran...tapi rupanya sangat sukar nak kena pada sasaran... Pada akhir kem, semua guru pengiring di adakan pertandingan memanah... masa tu baru lah tahu betapa sukarnya nak memanah...nampak macam senang..tapi nak kena sasaran tu susahnya...

Tapi ini lah pengalaman yang tidak dapat dilupakan...berbaloi lah kalau menunggu seharian..banyak ilmu yang di perolehi...  Salah seorang murid perempuan dari SKK telah terpilih untuk ke peringkat negeri selama 3 hari  bagi Karnival Memanah Bawah 11 tahun pada 4 - 6 Nov.





lamanya menyepi

Dah lama tak bukak blog ni....dari sehari ke sehari, dengan kekangan masa ....banyaknya perkara yang perlu diselesaikan...ingatkan selepas peperiksaan upsr selesai..bolehlah dok goyang kaki.... nampaknya makin banyak perkara yang kena dilakukan.... pening-pening... sekarang ni dok tengah tanda kertas peperiksaan  akhir tahun...nak buat persiapan untuk majlis kecemerlangan sekolah....

Dalam kekalutan diakhir tahun...banyak pulak kursus dan urusan berkaitan sekolah yang kena selesaikan...apa yang memeningkan ...semuanya  kena uruskan secara online...aduh...dengan line internet yang low kat sekolah ..semuanya kena dibereskan dirumah...nasib badan...    apa nak jadi dengan tugasan yang perlu dihantar pada tutor...deadline dah dekat ????  .