Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

31 Disember 2009

selamat tinggal 2009 & selamat datang 2010

Hari ini merupakan hari yang terakhir dalam tahun 2009... setiap detik yang berlalu tidak akan kembali..selamat tinggal tahun 2009... semestinya yang banyak memberikan seribu makna buat kita semua.


Selamat datang tahun 2010... semoga kedatangan tahun yang baru ini akan mebawa seribu kebaikan dan kita semua mampu menempuhi segala dugaan yang mendatang..

Terima kasih buat pengunjung blog ini yang sudi uantuk memberikan pandangan dan pendapat. Semoga tahun baru ini akan mampu menceriakan hidup kita semua dan sentiasa dalam rahmatNya.. insyaallah..


 Selamat Menyambut Tahun  Baru

29 Disember 2009

teman kat maktab

Dapat email dari Wan Zuria minta add pada facebook...
So jumpa lah 2 orang kawan lama masa kat maktab dulu... lama dah tak dengar cerita.. boleh berhubung dengan facebook... dapat upload pic..




ni gambar Wan zuria and family..



Jumpa balik dengan Siti Aslina dan Norfarliela.. Ina dan Wan dah konvo akhir nov baru2 ni.. tahniah ..


ni family ina dan wan



ni jiela dan anaknya..


Gambar ni semua tak berapa jelas sangat... ambil dari facebook... mungkin selepas ini ada lagi member2 lama yang lain..

birthday azib dan assyura

Pada 25 hb, genaplah 7 tahun azib... sambutan ala kadar sahaja.. kebetulan kat rumah bonda semua adik-beradik balik bercuti... buat asyura dan beli kek...  suka lah dapat banyak hadiah...

tapi yang harunya.. nak snaps pic banyak2 semuanya nampak macam menangis.. maklumlah.. kayu api untuk asyura tu basah.. so banyak asap... abis sedih semuanya... huhuhu...

sebelum ni dah beli hadiah lain... sebelum tiba harijadinya.. kira yang tu tak aci pulak..  yang mahal lak tu...adus...



kek azib



 




buat asyura ni yang penatnya time nak mengacau saje... nasib baik ramai ..kalau takk....penat..


17 Disember 2009

Salam Ma'al Hijrah





Selamat menyambut

TAHUN BARU MA'AL HIJRAH  1431H

kepada semua

semoga

tahun baru ini

akan membawa lebih banyak

keberkatan dan kebaikan

untuk kita bersama..amin

16 Disember 2009

BULAN MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).


Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya




Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:


1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali




Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari
Asyura (10 Muharram):


1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Sumber :
http://www.al-azim.com/

13 Disember 2009

cepatnya masa berlalu

pejam celik dah masuk pertengahan bulan disember... nampaknya penggal persekolahan baru akan bermula lebih kurang 3 minggu lagi....

cepatnya masa berlalu.....

persiapan persekolahan anak2 belum sempurna sepenuhnya.. belum ada lagi yang tak beresnya..

terasa baru cuti bermula... maklumlah exam baru habis... entah lah camne dapat results nanti...wait and see je..

nampaknya sekarang ni ada masa untuk relaks ckit... rasa bersemangat nak jahit langsir.. kainnya dah lama di beli.. jadi atau tidak... tengok keadaan ...

06 Disember 2009

exam..exam

minggu ni final exam...

3 hari berturutan... tak prepair utk exam... camne nak jawab exam...

masa panjang nak study... tapi ni lah... kalau dah tua2 baru nak sambung belajar... banyak perkara yang
kena hadapi..

last minute baru nak tengok modul... adus... kepala makin pusing tak tau nak capai  yang mana...

01 Disember 2009

10 SIFAT-SIFAT MAZMUMAH

10 sifat-sifat tercela yang menyebabkan manusia tidak bahagia di dunia dan akan mendapat balasan yang buruk selepas mati..




1. BANYAK MAKAN
    Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur.  Ini
    menyebabkan kita lalai daripada ibadah dan zikrullah.


2. BANYAK BERCAKAP
    Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.


3.  PEMARAH
    Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.


4.  HASAD
    Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya dan berdukacita
    apabila orang lain mendapat kurniaan Allah SWT.


5. BAKHIL
    Kedekut untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah dan untuk agamaNya


6.  HUBBUL - JAH
    Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu
    tidak iklas dan mengakibatkan pergaduhan lantaran mengejar pangkat.


7.  HUBBUDDUNIA
     Gemarkan kesenangan hidup dan kemewahan hidup.  Kesenangan duniawi yang membawa  
     lupa   daripada mengerjakan kewajipan kepada Allah.  kesenangan duniawi tidak sepatutnya
     membawa lupa.

8.  TAKABBUR
     Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina.  Merasakan pendapatnya
     sahaja yang betul.


9.  BANGGA  DIRI
     Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya,
     akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.


10. RIAK
      memperlihatkan atau menunjuk-nunjukkan amalannya kepada orang lain.  Semata-mata
      niatnya hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia.




petikan ;
risalah dari surau stadium sultan mahmud iv,KB.

* pesanan dari hamba allah yang menulis risalah ini..... semoga mendapat keberkatan dan manfaat yang berguna..

 ( Doakan jua untukku selamat dunia dan akhirat.  amin ya allah... amin..)