Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

31 Mei 2010

Dah nasib....

Nampaknya dah semakin usang blog ini kerana tidak berkesempatan untuk update... nak kata sibuk sangat tak jugak... tapi nak kata tak de kerja... memang banyak kerja..... Tambahan pulak peperiksaan untuk semester 1 telah selesai... maka bermula lah kerjanya... kena masukkan markah exam ni dalam "e-pantau."..

Cuti penggal persekolahan ni tak usah nak berangan nak relaksnya... ada kelas cuti terancang..dan panitia matematik mengadakan kem gerak gempur matematik memandangkan subjek matematik yang paling kritikal bagi murid tahun 6...

Alahai yang paling harunya nak periksa PTK...tak lulus-lulus jugak..target nak dapat 4..asyik dapat 3 je...

Pertukaran Online baru2 ni ada jugak memohon pertukaran di dalam daerah...malangnya permohonan tak diluluskan ..nampaknya berkulatlah dok disekolah ni lagi...tahun depan memang dah tak boleh pindah dah...maklumlah ada anak yang akan menduduki UPSr....kena tunggu lagi setahun lah untuk memohon pertukaran...

Tiada ulasan: