Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 Februari 2013

Pemergian yang tidak diduga......



Walaupun hampir setahun berlalu, tetiba saje teringatkan arwah cg Azila yang telah kembali pada hari Rabu 30 Mei 2012. Tetiba sahaja teringatkan arwah bila terjumpa gambarnya bersama dengan rakan-rakan yang lain. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh arwah.  Terlalu banyak kenangan bersamanya walaupun masih baru  menjejak kaki ke sekolah ini.  Arwah seorang yang peramah dan cepat mesra dengan semua rakan-rakan.Tahun 2011 kami bersama-sama di bilik guru menunggu anak dari kelas tambahan tahun 6. Ternampak-nampak telatahnya yang sangat mengambil berat tentang solat anak-anaknya sebaik sahaja masuknya waktu solat. Walaupun pada tahun 2012, arwah telah dapat bertukar ke Kuala Terengganu dan berpindah ke rumah barunya berkebetulan dengan suaminya yang bersara dari tentera.  Walaupun setahun mengenalinya dan bersama2 di sekolah, seolah-olah kami amat mesra dan sudah lama mengenalinya.

Pada  hari selasa 29 Mei 2012 yang lalu, mendapat mesej dan panggilan telefon daripada rakan2 mengatakan arwah berada di unit ICU di Hospital Sultanah Kuala Terengganu dan koma serta babynya telah meninggal....berkebetulan anak saudara sebelah hubby di Kuala Terengganu akan berkahwin pada hari Rabu tersebut. Hubby pula kena berkursus 3 hari di Kuala Lumpur dan terpaksa pergi sendiri dengan anak2 ke majlis tersebut.  

Ya Allah,  tabahkan hati keluarga arwah dengan apa yang berlaku ini.Insyaallah selepas majlis akad nikah anak saudara hubby,  nak pergi ke hospital untuk menziarahi beliau. Selepas majlis akad nikah pada tengaharinya, petangnya ke hospital bersama2 dengan anak2.. di pertengahan jalan mendapat mesej daripada cg Wani yg mengatakan Cg Azila telah meninggal dalam sekitar jam 3.3o petang... Cg Zaimah pula telefon memberitahu hal yang sama dan memaklumkan dia dalam perjalanan ke hospital dengan suaminya bersama dengan ustaz Nazri.. tetiba saja rasa sangat sayu dan terkejut dengan berita ini.  terbayang bagaimanakah keadaan anak-anaknya seramai 5 orang yang masih kecil itu,  yang sulung baru tingkatan 1 dan bersekolah di Besut, anaknya yang bongsu 4 tahun.. Dengan perasaan yang sebak, nasib baik dapat lagi memandu kereta sehingga sampai di hospital..

Diperkarangan hospital berjumpa dengan suaminya dan anak2 hendak ke surau untuk solat asar.. Nampak wajah2 yang sunggul dan sedih, namun itulah takdir yang tidak dapat dielakkan.
Terus naik ke wad 3 di unit ICU dengan ditemani Nuha, anaknya yg sulung,.. Tidak dapat melihat jenazah arwah  sehingga jam 6.30 petang selepas semua pemeriksaan oleh doktor.  Dapat menatap wajah terakhir arwah dengan Cikgu Zaimah... alangkah damainya wajah tersebut, seolah-olah sedang tidur... semoga arwah dicucuri rahmatNya.  Arwah pergi dengan tiba-tiba menyebabkan semua ahli keluarga terkejut dan sebak. Jodoh dan maut  adalah ketentuan Ilahi.. al-fatihah untuk arwah

Jenazah arwah sampai ke rumah ibunya hampir pukul 8 malam, dan disempurnakan selepas solat isya pada malam itu juga.  Rumah ibu arwah selang satu lorong dengan rumah Kakak Ipar .Pada pagi Khamis, bersama-sama dengan Cg Aznida serta Kak Lah, kak Rusni, Zalina dan Rabihah yg datang dari Besut ke rumah ibu arwah di sini.  kami berjumpa dengan ahli keluarganya.  terasa amat sayu dan sedih mendengar luahan hati suami arwah.  katanya arwah pergi dengan baby lelaki pertamanya yg dinanti-nantikan selama ini.  Bagaimana dengan kehidupan keluarga arwah.. Semoga Allah memberikan rahmatNya untuk arwah dan keluarganya..  
.

Musim Baru

Aura menyambut tahun baru masih lagi menyala-nyala dengan azam dan semangat yang baru walaupun sekarang ini dah  menjejak ke bulan Februari.  Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang ditempuhi . Dalam kita melakukan  sesuatu  perkara akan adanya permulaan dengan satu pengakhiran..setiap masa yang berlalu akan terus berlalu pada setiap saat dan detiknya tanpa dapat disekat.  Bak kata pepatah, masa itu emas, setiap saat dan ketikanya amat berharga .

Akhirnya rasa amat berbaloi dengan segala kerja buat selama 4 tahun ini dengan meneruskan pengajian, dapat dilaksanakan dengan izin Allah dengan sebaiknya.. Bila keluarnya result  akhir, keputusan peperiksaan masih lagi cemerlang walaupun pada semester akhir itu amat mencabar. Syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyelesaikan pengajian ini. Penat lelah selama ini rasanya amat berbaloi dengan satu kepuasan..

Tahun 2013 ini membawa seribu satu makna...  rasanya  tahun ini dapat meneruskan aktiviti berblog ini... kalau tahun2 sebelumnya kekangan masa..tapi tahun ini di harapkan ada masa2 yang terluang untuk memeriahkan lagi blog ini tanpa terbiar usang..

26 April 2012

Anak-anak didik ku

Bila dah abis exam ni... rasanya dah boleh relaks sikit sementara menanti semester yg baru.ni..  walau bagaimanapun, kerja-kerja masih banyak menanti di sekolah ..

Bila difikir-fikirkan sekarang ni  dah  nak masuk bulan 5.  rasanya macam dah semput masa untuk murid2 tahun 6 ini... dah rasa sakit kepala macamana nak buat lagi untuk meningkatkan kefahaman dan minat pd subjek matematik ni..  nak tak hendak, sekarang ni memang dah mula latih tubi model soalan berformatkan UPSR..   tapi seperti mencurahkan air pada daun keladi..  ajar hari ini,, esok dah lupa... kenapalah susah sangat nak ingat dan faham...

Tapi satu perkara yang boleh dipuji...bab jaga kebersihan kelas.. dah 2 kali kelas 6B menang berturut2 untuk 3K tahap 2.. Tahniah dan syabas untuk anak-anak didik ku..  rasanya berbaloi dengan segala usaha yg dilakukan utk 3K kelas ini...   Kadang-kadang nampak kesungguhan mereka untuk belajar..  semoga diberi kekuatan untuk mereka bagi menggandakan usaha untuk berjaya...

17 April 2012

Demam peperiksaan

Bila sahaja berakhirnya kelas tutorial... maka bermulalah edisi peperiksaan.  Setiap kali bila tiba time peperiksaan.. hajat hatinya nak study awal-awal..nanti senang nak jawab periksa...    tapi itu yang dikata.. lain pula yang jadinya... setiap akhir semester, bila tiba musim peperiksaan..akhirnya tidak seperti yang dirancang..

Agak-agaknya begitu lah kalau dah umur yang semakin meningkat nak disumbatkan dengan beberapa perkara yang perlu dihafal dan diingat seperti mencurahkan air pada daun keladi...  Bila difikir-fikirkan ada yang betulnya dengan kata2 ini..  bila tiba time periksa tu..hanya jawab dengan seadanya...  cuma nasib baiknya soalan yang dijawab itu berbentuk soalan aplikasi... jawab berdasarkan apa yang kita fikir betul dan yang berkaitan dengan tugasan kita...

Ada dua lagi kertas untuk semester ini pada akhir minggu ini... rasanya tak sabar nak menunggu bila lah nak habis belajar ini...   pejam celik pejam celik ada lagi 2 semester termasuk lah semester depan untuk menghantar kajian..   rasanya tak sabar2..   kalau dah 3 tahun boleh sabar..inikan hanya 2 semester lagi. ..

Sentiasa memujuk hati sendiri untuk tetap gigih..  setiap usaha yang dilakukan itu akan terhasilnya satu kepuasan...   umpama usaha yang gigih itu seperti hempedu yang amat pahit tetapi setiap hasil kejayaan itu seumpama meneguk madu dilautan.

18 Mac 2012

bila kerja last minute

Sekarang ni bila dah submit semua tugasan...rasanya selesai satu hutang yang besar.... dalam banyak-banyak semester ...rasanya semester ni yg paling kalut....banyaknye benda yang nak dibuat... akhir-akhirnya semua tugasan yang nak dihantar itu terpaksa dipulun dalam masa tak sampai satu minggu... itu pun nasib baik ada kawan-kawan yang baik hati..boleh jugak tengok tugasan diaorang buat panduan...kalau tak lagi haru birunya......

Cuti sekolah seminggu rasanya tak bercuti langsung...minggu akhir sebelum cuti kena buat persediaan untuk majlis mesyuarat agung pibg pada hari sabtu cuti minggu pertama....   abis saja selesai semua tu..barulah kelam kabut nak buat tugasan yang masanya tak sampai satu minggu..... inilah hasilnya kalau dah kerja last minute.. 

hari ini pulak kelam kabut siapkan menanda soalan ujian oti 1 yg tak terusik pun selama cuti seminggu ini.. tinggal 1 kelas lagi yg belum...  

Tapi bila fikir punya fikir dalam dok kelam kabut menyiapkan tugasan dari satu semester ke semester yang lain..tak sedar masa berlalu dengan pantasnya..dah 3 tahun berlalu..dan ada lagi 2 semester yang perlu dibereskan selepas semester januari ini... pendeknya selepas belajar lagi dapatlah relaks sedikit ataupun boleh buat sesuatu projek yang baru nanti..

10 Februari 2012

cerita sekolah

Sekarang ni kat bilik guru tak boleh cakap lepas je..maklumlah tahun ni kat dalam bilik guru ada kaum yg lain..kalau yg sebelumnya kita geng2 perempuan semuanya yg kontrol satu bilik guru..macam2 cerita dan gaya lah... dengan bilik aircond lagi...ye lah datang kat sekolah ni merasalah aircond kat bilik guru sebab sekolah baru..bilik guru pun baru......

Tahun ini bertambah guru lelaki kat sekolah ini... bila ust bertukar..yg tinggal hanya lah 4 org sahaja termasuklah gb dan pk1.. tetapi sekarang dah bertambah lagi 4 orang...termasuk lah seorang guru yg baru posting..berbangsa India...

Sebenarnya nak cerita pasal guru baru ini...memandangkan sekarang sukatan kssr ada peruntukan masa untuk belajar bahasa asing..sekolah ini mendapat pengajian tamil...masa gb umumkan hari itu terasa lucunya.. macamana sekolah yg tidak mempunyai murid india untuk belajar bahasa tamil... tapi 2 minggu yg lepas, seorang guru pengajian Tamil posting sekolah ini dan mula mengajar pelajaran tamil utk anak2 melayu....

Ada satu pembaharuan nampaknya...semua murid tahun 1 mulai suka untuk belajar...gurunya seorang guru yg bagus... setiap patah perkataan yg murid dapat kuasai akan mendapat hadiah...pendek katanya sekarang ini bahasa tamil yg lebih di hafal berbanding dengan bahasa arab...itu lah tajuk perbualan semua guru2 di sini... tak kira bahasa apa yg diajar..pendeknya jika guru itu mampu mengajar dengan yg terbaik, akan menjadi minat oleh semua murid.. Pendek katanya nanti time hari guru sudah pastinya guru yg paling popular akan jatuh pada guru tersebut...

08 Februari 2012

Tahun Baru kini

Penggal persekolahan untuk sesi 2012 telah berlalu lebih kurang 2 bulan sudah..  nampaknya untuk tahun baru ini  walaupun telah lama berlalu..namun blog ini masih lagi tetap usang menunggu tuannya untuk melakarkan tulisannya...

Pejam celik pejam celik, rupanya dah setahun lebih berada di sekolah baru sekarang...walaupun masih lagi janggal namun tetap ada keseronokannya.. dimana bumi dipijak disitu lah langitnya dijunjung... 
tahun ini ada sedikit kelainan, bila anak dah bergenjak ke sekolah menengah, urusan harian berbeza dari rutin2 sebelumnya... ...

20 Disember 2011

Cuti sekolah

Hari ini dah 20 dec... bermakna tahun 2011 hanya tinggal lagi 11 hari... Sesi persekolahan 2012 lebih kurang 2 minggu lagi.... dalam masa terdekat ini , banyaklah agenda yang perlu dilakukan... Nasib baik exam telah selesai..kalau tidak nak buat perkara2 yang lain pun rasanya tergendala...

Memandangkan gajipun dah kuarnye sekali dengan bonus 1/2 bulan gaji... kelengkapan sekolah mesti diselesaikan.   Barang2 kelengkapan anak2 dah dibeli kecuali hanya baju sekolah afiq dan azib sahaja... Sekarang ni bolehlah membeli baju sekolah Afiq..dah dapat surat untuk tawaran ke sekolah premier... Bila bagi tau je yg SBP yg dia minta tak dapat..nampak selamba je muka dan reaksi Afiq ni..bagi je surat tawaran ke SMK Tg Mahmud tu pun , biasa je... .. MRSM mintak jugak tapi persaingan sengit sangat..tambahan pulak minta MRSM Ulul Albad... kalau ada rezeki dapat... nak mengharap pun tak nampak jalannye..

Lepas exam ni rasanye relaks je.. agak2nye kepala dah tak stress kut..yg harunya nanti bila time kuar result... rasa takut pulak nak fifir..

06 Disember 2011

bila cuti sekolah

Bila saje time cuti sekolah....apa lagi..masa untuk relaks.. Rasanya minggu ni je baru nak relaks... baru selesai urusan berkaitan dengan kemasukan ke sekolah menengah... hari khamis lepas baru selesai isikan DASMUT 1... pemilihan murid2 ke sekolah elit ....  Cuma satu lagi yg tak beresnya...sppbs belum siap lagi...alamak malasnya nak online nak masuk markah untuk kssr ni..dah la mengajar thn 1 kssr ni rasanya masih lagi lunggang langgang...nak siapkan bank utk murid2 ..semuanya guna online..tu yg malasnya bila buka line jam jee..   

Rasanye kena pergi bercuti kemana2 ni..dah janji dengan anak2.. tapi masa tak de pulak... dah cuti2 ni abahnya ada kursus lah.. ada banyak perkaralah  yang nak diselesaikan... minggu depan pulak...afiq kena ujian mrsm...lepas tu ..umminye pulak nak exam...  bila sebut saje exam..semester ni rasanye seram sejuk je nak jawab soalan nanti...rasanye kepala ni dah jem dah...tengok saje modul mt kedua2nye.. dah macamana nak jawab soalan... bila dah tua2 begini nak hafal formula pun dah tak lekat kat kepala...ni kan pulak dalam bi...

26 November 2011

kenapa sepi..

Dah lama tidak menulis di blog ini....kesian sungguh ia terbiar tanpa berita2....  setiap kali nak menulis..banyak perkara yang perlu di selesaikan pada penggal akhir persekolahan...

Segala benda kat sekolah ni semuanya kena disiapkan secara online... dok pulak kat sekolah sekarang ni mana ada talian internet..cuma dekat pejabat dan bilik acsess yang hanya ada satu pc saja yg ok..tu pun kadang-kadang dapat, kadang  'hang jee.'...

At lastnye kena cari jgk le "beruk ( istilah baru )" utk dijaga..baru dapat guna intenet...tu pun nasib badan le...line kadang2 slow... kalau kat rumah ni mana ada mase nak bersantai depan komputer...

 Nak isi 'saps' ....markah2 kena key in...dan nak selesaikan markah 'bank' untuk kssr...pada 'sppbs'.... itu tak termasuk lagi nak selesaikan berkaitan dengan penutupan buku kedatangan murid, buku rmt, pengagihan kelas utk tahun hadapan, buku markah pkbs....   kena kemaskini smm murid utk bantuan persekolahan 2012...  Mujur jugak penyelaras upsr dah bertugas semula...semua borang kemasukan ke sek men dia yg uruskan....   akhirnya kena selesaikan urusan sekolah afiq utk thn depan...

Dok sibuk benda2 gtu... 3 tugasan oum perlu disiapkan juga pada minggu akhir.. 2 tugasan hantara secara online.. satu lagi proposol kajian... wah sakitnye kepala nak selesaikan semuanya...  Dalam dok sibuk pasal tugasan ni... pada minggu akhir persekolahan juga ada 3 majlis pada  selasa hari anugerah kecemerlangan...kena pulak jadi s/u..alamak kena uruskan semua perjalanan majlis..nasib baik semuanya beres belaka...  pembahagian wang off RM 100 kepada semua murid... pembahagian dibahagikan mengikut guru kelas masing2... dan akhirnya utk hari khamis.. results upsr keluar... Alhamdulillah, anakanda mendapat 5A.. dan results kelas bagi mp mt meningkat...  berbaloi dengan segala penat lelah selama ini...


Bila cuti ini lah baru dapat peluang untuk rehat2 kan diri..namun exam pada pertengahan bulan 12 jangan dilupa... hahaha  buku2 kena dibaca nantikan apa yg nak ditulis pada kertas nanti...


 

09 Oktober 2011

bila Che Ma ke Mekah

Sekarang ini dah masuk musim haji... telah menjadi satu trend, bila time haji je..yg pergi hantar orang haji lebih ramai mengalahkan suasana hari raya..  .Pada hari Rabu , 5 Oktober  yang lepas, Che Ma dan ayah Yie telah selamat berangkat ke mekah...

 Alhamdulillah perjalan mereka selamat tiba di Juddah pada lebih kurang jam 5 petang bersamaan dengan pukul 10 lebih di Malaysia....  memandangkan ramai sangat yg datang di airport, kereta terpaksa di parkingkan di kawasan perumahan depan stadium..so berjalan kaki lah dari sana untuk ke airport... nasib baik anak2 Che Ma tak di bawa bersama, kalau tak susah juga...dengan keramaian di sini serta yang paling haru nanti mesti lah Jihah dan Hana menangis2...  sebelum keberangkatan, berlaku juga drama air mata...manakan tidak terpaksa meninggalkan anak2 yg ,masih kecil.... terpaksa mengamanahkan tanggungjawab kepada orang lain....   itulah pengorbanan yang perlu dilakukan demi menuntut rukun iman yg ke 5..

Alhamdulliah, anak2nya tidak meragam.... biasalah dengan karenah...  Semoga mereka berdua akan dapat mengerjakan haji dengan yang terbaik dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk beramal ibadat...




Sebaik saje keluar dari airport... pergi le cuci2 mata kat GIANT...abis jugak duit... lastnye beli makanan dan makan kat pantai...Azib dan Alani yg beria-ia sangat nak makan....






05 Oktober 2011

Sekitar lawatan ke Kuala Terengganu

Perjalanan ke Kuala Terengganu tidak ada sebarang kesulitan, semuanya berjalan dengan lancar walaupun dengan bilangan murid seramai 86 orang... guru2 yang mengikuti lawatan ini bimbang juga kerana ketiadaan guru lelaki... namun semua keadaan terkawal.

Cuma perjalanan lawatan ini agak terlewat dengan masa  yang diperuntukkan..ianya merupakan  perkara yang tidak dapat dielakkan bila masuk ke pusat membelai-belah..mesti ada murid2 yg tercicir dari kumpulan dan membuat hal sendiri... inilah perkara yg berlaku... kelam kabut juga nak mencari 2 orang lagi murid itu. kelewatan ini menyebabkan rombangan lawatan agak terlewat sampai ke sekolah seperti masa yang ditetapkan . 

Semua  tentatif yang dirancangkan dapat dilaksanakan kecuali menaiki bot kerana keadaan yang tidak mengizinkan..  

















28 September 2011

lawatan dan lawatan

Sebaik sahaja UPSR selesai...bukan bermakna kerja2 semua guru tahun 6 boleh relaks.... cuma boleh relaks minda sahaja dari mengajar.... kerja-kerja yang lain masih banyak menanti...

Semua urusan berkaitan dengan lawatan murid UPSR ke KL & Putrajaya pada 22 - 24 sep 2011 telah selesai semua... walaupun di sekolah ini kekurangan tenaga guru lelaki... namun segala urusan ini semua dapat dibereskan....  walaupun sebelum ini tidak pernah terlibat secara langsung dalam urusan lawatan murid2... kalau sebelumnya hanya sebagai guru pengiring sahaja... namun di sini , kita yang terpaksa membuat segala urusan bermula dari awal hingga akhir..cuma urusan pengangkutan dan hotel sahaja yang diusahakan oleh GPK 1.  Alhamdullilah, semuanya telah selesai... rombongan ini telah pun selamat pergi dan sampai dengan selamat..segala pergerakan mengikut perancangan yang telah di aturkan....

Tapi ada satu lagi lawatan yang belum dibereskan iaitu rombongan melawat sekitar Kuala Terenggan yang dirancangkan pada 3 oktober 2011. Kalau nak diikutkan hati....memang rasa penat menguruskan semua ini, namun rasa kasihan pulak pada murid-murid yg tidak dapat mengikuti rombongan yg lepas... kalau sebelumnya pihak sekolah hanya memilih murid2 cemerlang dalam UPSR tapi untuk ke KT dibuka kepada semua murid tahun 6...   So telah diputuskan untuk membuat lawatan bagi 2 buah bas... terpaksa lah mengambil murid2 tahun 5 untuk memenuhi kouta lawatan ini.... semua pemilihan telah pun dibuat...semoga tidak menimbulkan sebarang masalah dikemudian hari...

Alani dan Azib paling suka kerana dapat ikut sekali lawatan.. Murid2 tahun 5 ada yg frust kerana tidak terpilih... terpaksalah menetapkan beberapa kriteria....


 

17 September 2011

Merdeka!!!!!!

Merdeka..merdeka.. merdeka... itulah laungan yang dilaungkan oleh murid2 tahun 6 sebaik sahaja selesai kertas terakhir pada petang khamis....UPSR sudah berlalu.... rasanya segala penat lelah selama ini berbaloi..... bila dah selesai semua ini..rasanya seperti terlepas dari 1001 masalah.... sudah habis kelas malam, kelas tambahan dan segala-galanya.... cuma bila time nak kuar results nanti...saat itu debaran kembali semula.....

Esok  rasanya malas nak ke sekolah.... namun selesai sahaja upsr ini... ada banyak lagi kerja2 lain yg tertunggak kerana upsr..... ..    habis sahaja UPSR... timbul pulak KSSR.... banyak lagi yag perlu dibuat... pentaksiran belum dibuat... tambahan pulak minggu ni sekumpulan nazir akan datang ke sekolah berkaitan KSSR....

06 September 2011

Debaran semakin terasa...

Hari ini dah masuk 6 September...bermakna sudah 8 hari di bulan syawal.... masa sangat pantas berlalu.... dub dab..dub..dab.... dah ke penghujung minggu....

Masa yang di nantikan semakin menghampiri... kini tinggal 6 hari lagi untuk calon UPSR menduduki peperiksaan yang akan menjelang tiba pada 13 , 14 dan 15 september ini....
Untuk anakanda, Afiq....selamat menempuh peperiksaan UPSR.. doa dan restu ummi dan abah sentiasa seiring dengan kejayaan anak-anak.... semoga dapat menjawab dengan sebaik mungkin... tunjukkan contoh yang baik untuk adik-adik..

Untuk anak-anak didikku... segala ilmu yang  termampu cikgu curahkan..semoga kejayaan akan menjadi milik kalian... berdoa dan bertawakkal ..insyaallah kejayaan akan datang setimpal dengan usaha yang dilaksanakan..amin..

01 September 2011

Hari Raya Aidil Fitri

Sambutan hari raya di sambut secara sederhana sahaja.... macam biasalah.. inilah kelebihan bagi orang yang tinggal berdekatan dengan keluarga.... Dalam satu hari raya dapat beraya di rumah bonda sendiri dan juga rumah mentua... semuanya kerana dalam satu daerah yang sama... kalau tak mesti ada yang bermasam muka untuk beraya dengan keluarga masing-masing...


Dirumah bonda

Menantu lelaki di rumah ini 3 oarng yang tidak dapat beraya bersama kerana bekerja....dua orang beraya dekat pelantar minyak di kemaman n sarawak  dan satu lagi dekat kapal..di lumut.. Walaupun kekurangan ahli namun sambutan hari raya tetap meriah walau dalam keadaan sederhana...

Adik beradik

keluarga  bersama bonda

hidangan hari raya di rumah.. lemang dan lontong




keluarga di belah mentua...rumah Cik Lah

Oleh kerana keluarga di sebelah mentua ni keluarga yang besar.... nak ambil gambar kat rumah Cik Ma terpaksa dibuat berasingan... satu untuk   geng2 perempuan dan satu untuk geng2  lelaki...


jamuan nasi dagang


tiga anak teruna

Hari raya ke-2 di rumah Cik Ma

29 Ogos 2011

28 Ogos 2011

Entry lepas : hasil kerja ARCA

Bertungkus lumut untuk menyelesaikan tugasan yang perlu disiapkan... terpaksa lah minta pertolongan... hasilnya memuaskan dan mendapat keputusan yang cemerlang.. tq for my hubby..


Ni proses-proses kerja yang sempat di ambil..









Antara hasil arca dari rakan-rakan yang sempat diambil...