Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 September 2009

hari kedua upsr....

hari ini hanya satu subjek sahaja iaitu mt 1.. ada dua kemungkinan sahaja.. sama ada soalan yang keluar itu susah atau mungkin soalan biasa....

pergi kat sekolah awal juga hari ini.... masih lagi sempat meletakkan kereta di garaj... namapaknya untuk sehari dua ni bila time balik rumah.... tak lah terasa sangat panasnya.... kalau tak time pegang stering tu nak meletup rasa tangan panasnya...

anak2 didik nampak sedikit relaks hari ni... kutnya pasal satu paper.. saya dah pesan tengok contoh soalan yang dibuat semasa dalam kelas...

pagi ini bos sendiri yang memberi kata2 yang terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan... mungkin sedikit petua atau kata2 akhir sebagai motivasi pada anak2 didik semua... "ya Allah permudahkan anak2 ku ini menjawab soalan dengan baik, amin.

Tiada ulasan: