Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

08 September 2009

upsr....oh...upsr...

Hari ini dah masuk 18 hari kita berpuasa bersamaan 8 september ... dah tiba saatnya yang sentiasa dinanti-nantikan....debaran kian debaran yang menghantui setiap hati dan perasaan.. semua guru tahun  enam resah gelisah .... adakah soalan upsr yang akan keluar ini dapat dijawab dengan baik oleh semua pelajar-pelajarnya....adakah  segala tunjuk ajar yang diberikan berbaloi... itulah seorang guru... setiap detik dan saat sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didiknya.....

Pagi ini.... melangkah ke sekolah dengan penuh debaran.... hari ini murid2 calon upsr akan menjawab kertas bm kefahaman, bm penulisan dan mathematics 2...  kekadang sesuatu keadaan tidak akan dijangka... turun ke sekolah hari ini lebih awal daripada biasa... hubby turun dalam 6.30pg untuk ke bilik kebal bagi mengambil soalan..... afiq, lepas sahur dipesan supaya tidak tidur nanti susah nak bangu.... ummi nak pergi awal ke sekolah ari ni....
cuma masalah dengan azib sahaja yang susah untuk bangun pagi... alani memang tiada masalah, selepas solat subuh terus bersiap dengan pakaian sekolah...

Sampai kat sekolah baru jam 7.10 pagi... masih terlalu awal... nampaknya hari ini berpeluanglah dapat meletakkan kereta di garaj kereta di dewan... kalau sebelum nya memang semput2 sampai kat sekolah... terus tiba waktu membaca doa..

Ada perkara  yang melucukan berlaku hari ini... azib hari ini ,tak jumpa cari kereta bila nak letak beg pada waktu tengahari... pergi tanya ummi letak kat mana kereta....maklumlah kereta sentiasa ada di depan tempat perhimpunan...tetapi hari ini terselindung di dalam garaj.... apa tak nye... kat sekolah ni.. sapa yang sampai dulu dapatlah letak kereta di tempat teduh... kalau tak... berpanaslah sampai balik...

Semua murid tahun 6 dah sampai kat sekolah.. kita semua memang berkumpul di bilik KH..sebelum murid2 memasuki dewan peperiksaan...

Nampak seribu satu macam pada semua calon upsr... berdebar ada... takut... gementar...
semoga semua perasaan ini menjadi tenang ketika menjawab soalan nanti..


 
inilah debaran menanti setiap detik..... "Ya Allah, permudahkanlah urusan kami,semoga kami dapat menjawab soalan dengan sempurna, amin"..
dalam menanti debaran....masih ada lagi perkara yang mengeletik hati.... boss pun senyum jugak...
menanti untuk membaca doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan..... 
setiap pagi memang ada ustaz Jqaf yang dijemput khas untuk membaca doa... hari ini giliran ustaz faiza...
esok masih ada lagi 2 hari peperiksaan upsr.... emm... esok lagi pening kepala... walaupun hanya satu paper...math 1... tapi itulah yang sakit kepalanya... soalan memang biasanya soalan kbkk... anak didikku kelas ke 2... sudah  pasti nya kalau yang susah tu kira tembak je... janji penuhkan semua tempat jawapan... semua dapat menjawab dengan baik.. insyaallah... 

Tiada ulasan: