Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

17 Januari 2010

meniti usia

Dalam menjalani kehidupan seharian.. banyak onak dan duri yang perlu dilalui...  rentetan peristiwa demi peristiwa yang berlaku banyak hikmahnya..

Genap hari ini, bertambahlah setahun usiaku... laluan hidup ini semakin bertambah... semoga hari-hari yang mendatang akan tetap ku harungi dengan tabah..

Kekadang hidup kita ini seumpama roda yang sentiasa berputar.. kita sendiri yang menentukan arah perjalanan  hidup ini...

Semoga pada masa yang mendatang akan dapat ku harungi dengan penuh kematangan... semakin bertambah usia semakin bertambah cabaran yang perlu ditempuhi...

5 ulasan:

Mybabah berkata...

Salam Anismi. Semoga tahun-tahun yang mendatang hidup Anismi akan dilimpahi Allah rahmat dan keceriaan...

shaniza berkata...

Salam..

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur Kepadanya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

cemomoi berkata...

makin bertambah usia makin pendeklah jangka hayat kita... semoga kita sentiasa dilindungi Yang Maha Esa

anismi berkata...

To mybabah,
tima kasih.. semoga hari-hari ceria sentiasa berkekalan

To shaniza,
Wah.. best dapat sajak..tq

To cemomoi,
semoga hati kita tetap dalam keimanan.

tajnur berkata...

Assalamualaikum!
Tahun demi tahun berlalu, sedar tak sedar bhwa diri kita telah dimamah usia. Tambahan pula, kita sering sibuk dengan tugas dan aktivit2 seharian termasuk keluarga. Kadang2 kita tertanya2 kemanakah penghujung hidup kita, adakah kita dah bersedia utk menghadapi `Hari-Hari Allah (Ayammillah) dimana kita dah tak terdaya spt skrg!