Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

25 Januari 2010

Salah siapa???

Pada awal tahun persekolahan ini.   Pihak pentadbiran pun selalu warwarkan tahun ni kena berjimat cermat... pasal apa... pihak sekolah terpaksa menanggung sendiri kos bayaran bil bermula tahun ni...

Nak dijadikan cerita.. seminggu dua ni kalau waktu pertama ..memang kena pasang lampu kat kelas..suasana gelap.. proses P&P pun tak lancar kalau malap... 

minggu lepas.. masuk je kelas waktu pertama... ai... apasal gelap.. kenapa tak bukak semua lampu..org belakang camne nak menulis kalau bukak yg depan sahaja..bebudak tu jawab... kena potong da...cikgu.. pesal lak..   bengang ????

risik punya risik semua kelas dipotong dan lampu hanya terpasang di hadapan sahaja... kipas pun hanya berfungsi depan dan tgh saja...murid yang dibelakang panas berpeluh2 time tengahari..

Salah siapa??????   fikir lah sendiri... bukan niat nak kutuk sekolah sendiri tapi bolehkah P&P  berkesan kalau macam ni... bayangkan waktu tengahari dengan murid tiga puluh lebih.. padat kat belakang..berpeluh2 ...
nak menulispun tak selesa  lah cikgu... panas...panas...panas.. pagi gelap... tak nampak..///
 adus..... apa nak di kata......

semua guru2 bengang dengan pihak pentadbiran... bila ditanye... senyap je...tunggu nanti hari mesyuarat.....

5 ulasan:

cemomoi berkata...

pengorbanan melebihi kemampuan... apa nak buat semua jabatan kena potong budget.. time senang kita lupa waktu susah, belanja ikut sedap.. time begini bebudak skuloh pulok yang susohhh

Mybabah berkata...

Salam anismi. Dalam mesyuarat nanti "brainstorm" cara lain untuk menjimatkan penggunaan sumber di sekolah. Saya percaya banyak lagi hal lain yang boleh dijimatkan selain daripada mengehadkan penggunaan kipas di bilik darjah. Contohnya, penggunaan penghawa dingin di bilik pengetua (seorang pengguna sahaja)....

tajnur berkata...

Salam!
Nampaknya pihak pentadbir ni bkn lah dikalangan mrk yg tahu mslah kadar pggunaan elektrik! Sepatutnya mrk kena minta pdgn dr guru2 sains dan KH yg tahu bhwa lampu fluorescent dan kipas tidak mggunakan kuasa yg kuat berbanding dgn air-con yg digunakan di Pjbt. Apa2 pun bukankah disekolah ada group komuniti t`masuk PIBG yg mampu menyelesaikan mslah?

shaniza berkata...

Salam..
Sekolah akak tak payah potong pun. Saban tahun hadapi masalah elektrik tak berfungsi di sebahagian blok dan masalah air yg amat parah. Pentadbir bg alasan JKR tak perbaiki. Masalhnya pentadbir tak buat report, mcmana nk selesai...mcm2 sikap pentadbir ni.

anismi berkata...

To cemomoi,
tidak dinafikan semua jabatan kena potong budget tapi yang menderita rakyatlah... yang jadi mangsa guru dan murid2...haru2

To mybabah,
Saya sokong pandangan tu... kena catu jugak aircond kat bilik pentadbiran... biar sama2 merasa.. susah senangnya...

To Tajnur,
Yaa betul..... tapi kat bilik pentadbiran dan pejabat tak de pulak catuannya..kita hanya menurut perintah..

To Shaniza,
Akhir tahun lepas habis duit beribu baiki sistem pendawaian sekolah yang baru.. tak de masalah pasal tu semua.. ni cuma langkah berjaga2 untuk berjimat... ish..ish.. sian kat budak2 yang kepanasan time tengahari..