Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

07 Februari 2010

Terbebankah....

Dah lama tak update blog ni.... memandangkan sekarang banyak sangat kerja2 yang perlu dibereskan sampaikan nak menjengok blog pun tak sempat... nampaknya guru ni selain mengajar banyak lagi kerja2  lain yang di luar bidang tugas..

Rasanya dalam kepala sekarang dah tepu dengan pelbagai perkara... dalam kekalutan tugasan seharian .. nak selesaikan tugasan yang kena hantar pada tutor...  entah lah... rasanya tolak ketepi yang kurang penting... buat yang terpenting... tapi dalam kepala ni semua kerja yang kena buat ni penting2 semua... alahai  apa lah nasib...

Apa tak penatnya... tahun ni kena ambik alih tugas guru data... guru data yang lama tu dah bertukar...ni yang bertambah bebanan kerja...dok fikir2 alangkah seronoknya kalau menjadi seorang guru yang tugasnya hanya mengajar tanpa ada apa2 bebanan tugas yang lain...time cuti kita cuti.. ( nampaknya mimpi di siang hari lah...)..mana ada guru yang begitu.. kekadang kerja 2 di sekolah di bawa ke rumah untuk diselesaikan...

Betulkah pandangan masyarakat tugas guru itu mudah... hanya mengajar murid,.. pagi ke sekolah, tengahari balik  rumah.., dapat cuti yang panjang semasa cuti sekolah...??? Adakah semudah A B C.....

6 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Cikgu Anismi. Isteri saya cikgu juga. Buku-buku bersepah-sepah atas katil untuk ditanda. Kesian. Sabtu pun kena pergi sekolah. Babah tidak dapat dilayani dengan sempurna. Tetapi tak apa. Babah faham tugas cikgu yang semakin berat...

anismi berkata...

Salam Babah,

Mujurlah Babah faham keadaan isteri.. kalau orang yang tahu dan memahami tugas guru tak kisah.. tapi ada jugak segelintir yang cakap..ala seronok lah cikgu ..kerja sekerat hari.. dapat gaji penuh..rasa geram jugak kan...

tajnur berkata...

Salam!Cikgu Anis,
Mmglah tugas guru byk dan rencam tetapi jgn lupa kebanyakan adalah rencam dan berulangan sepjg tahun. Mesti ada kaedah dimana kita dapat selesaikan secara permuafakatan dgn bantuan komputer/internet sbb apa yg kita buat adalah tugas pengkeranian bukan `research`! Mslah utama yg dihadapi adalah pihak pentadbir peringkat Jabatan dan Kementerian tidak faham kerja2 guru setelah bertahun2 tinggalkan sekolah. Maklumlah dah selesa hidup disana....

anismi berkata...

Salam Tajnur,
Memang betul semuanya... kalau nak dibandingkan dengan kerja guru sebenar tidak lah sebeban sekarang.. sebenarnya kerja2 pengkeranian lebih membebankan guru.. tambahan sekarang semuanya berdasarkan komputer.. lagi lah bertambah bebanan walaupun komputer/ internet itu sebenarnya memberi banyak input pada kita.. itulah seorang guru...

Imanisa riana @ sarimah berkata...

Salam..
Memang tak kan habis beban kerja guru. Makin bertambah ada la. Tambahan jika pentadbir tak cekap dan tak profesional, guru juga jadi mangsanya.
Apapun, banyakkan berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita dan memberkati usaha kita.

pak long berkata...

salam buat cikgu....
fuhh memang banyak keja cikgu kan....cikgu OUM kohot baper...?