Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

09 Mac 2011

dapat masuk suratkhabar...

Masa kat sekolah tadi, sambil menunggu murid-murid menjawab soalan ujian OTI 1, tetiba je my hubby telepon...saja nak bagi tau tentang info sekolahnya masuk paper hari ni... ni copy daripada Utusan Malaysia Online.. mesti dia dan satu sekolah  bangga sangat dengan berita ini.. . semoga sk keluang sukses di masa akan datang....


500 murid SK Keluang sertai peraduan mewarna


Para peserta bersama guru-guru dan ibu bapa yang memeriahkan acara peraduan mewarna anjuranUtusan Malaysia di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, baru-baru ini.


BESUT 8 Mac - Seramai 500 murid Sekolah Kebangsaan Keluang menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysia yang berlangsung di Institut Perguruan Sultan Mizan, dekat sini baru-baru ini.
Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, peraduan diajurkan bersama Yayasan Islam Terengganu dan IQ Optometrist.
Menurutnya, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu tahap satu yang disertai oleh murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula melibatkan murid tahun empat hingga enam.
"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.
Bagi kategori tahap satu, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Hasiff Sakueri, Muhammad Kasful Baqy Taha (kedua), Harith Rosly (ketiga) dan Halimi Azman (keempat).
Muhammad Luqman Hakim Mahari menjurai tahap dua, diikuti
Nurul Izzati Mat Hassan (kedua), Siti Sarah Aqilah Mohamad (ketiga) dan Siti Mariam Saniah Mohd. (keempat).
Kata Nazri, memandangkan sambutan terhadap program ini begitu menggalakkan, ia akan diteruskan ke sekolah lain pada masa akan datang.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami untuk dekatkan diri dengan pelbagai peringkat masyarakat di samping membantu menggalakkan kegiatan kreatif," ujarnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan: