Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

07 Mac 2011

Jamuan Perpisahan SK Kerandang

Hari ini mendapat surat jemputan ke jamuan majlis perpisahan di sekolah lama... seramai 10 orang yang bertukar, tetapi 2 orang guru menguzurkan diri..

Kebetulan pula hari ini bermulanya uijian OTI 1 selama 3 hari.. semua murid balik awal kerana pada sebelah petangnya diadakan Mesyuarat Agung PIBG SKP.... selepas kelas berakhir, pergi ke SKK bersama-sama dengan anak-anak.. mereka pun nampaknya gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan..

Hati ini merasa pelbagai perasaan, rasa terharu, sedih gembira .. di sinilah tempat kita menimba ilmu, pastinya terasa sedih kerana sudah lama berkhidmat di sana... walau apapun , setiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan...

Nampak   rakan-rakan gembira, sedih pun ada.. Guru besar pun nampak kesedihan, nak bercakap panjang pun takut nanti bertukar suasana...

Tiada ulasan: