Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

06 Mac 2011

rasa nak cuti lama..

Cuti hujung minggu 2 hari bagaikan tak cuti rasanya....Hari jumaat macam biasa lah sibuk dengan rutin harian dan kerja rumah... lastnya..petang jumaat pi kuala terengganu...nak membeli sedikit barang...baliknya dah tengah malam...

Hari sabtu pulak ada kuliah..dari pagi sampailah pukul 2.30 ptg.. nasib baik kelas berturutan... ada jugak kawan-kawan yg kelasnya habis pukul 7 petang..kalau yg jauhnya...alamak nasib badanlah.....   Datang ke kelas pagi ni rasanya bawa kereta kelam kabut..nak kejar masa takut terlewat masuk kelas...dapat tutornya x leh lewat kalau tak.....

Balik kat rumah dengan penatnya...  Sampai je kat rumah , anak2 bagitau lak arnab dah terlepas 3 ekor..dapat tangkap seekor, tinggal lagi 2... kejar2 tak dapat..dok menyorok kat bawah kereta...biarkan je kat situ nanti dia kuar jugak akhirnya ..   Arnab kat rumah ni sekarang ada 12 ekor.. sepatutnya ada 16, tapi dah mati 4 ekor..anak2 yang sedang membesar...Azib ni minat sangat dengan arnab, dia lah yang paling rajin menjaga dan memberinya makanan...

Tiada ulasan: