Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

19 September 2009

projek kuih rayer...

lepas exam upsr ada masa satu  minggu lagi sebelum beraya.... kami guru2 tahun 6  buat projek kuih raya... untuk tahun 6A je.... kelas yang lain malas lah pulak... nak buat kutipan susah.... tambahan pulak ramai pelajar tak datang... kalau yang datang tu cuma nak bermain2 je dalam kelas... tapi kelas setakat ni terkawallah pasal puasa.. murid2 dok dalam kelas je... kalau tidak jenuhlah memuncung pk1 kita tu.... emmm nanti macam2 hal lah pulak...biasalah... pk1 yang berdisiplin lah katakan...

teacher normarzita yang ketuai semua ni... saya cuma bagi guna bilik kh je... dapatlah tumpang semangkuk kuih raya...untung badan gtu.. punya lah seronoknya budak2... tapi yang pastinya... sifu kita, cikgu ruzinar  yang adunkan dulu ...buat biskut dahlia.. alamak... yang harunya buat biskut banyak tapi ovennya ada 2... mana cukup beb....





wah seronok ye...






yang ni bakal chef wan ni... dia sorang je lelaki yang turut membakar kuih rayer.. yang lainnya lepak je..






cantik jugak ya hasil tangan budak2 ni... nanti boleh lah ambik upah buat biskut raya...








Tiada ulasan: