Minggu ni masuk minggu ke 3 persekolahan... begitu cepat masa berlalu... tak sangka betul dah berada di sekolah ni dah masuk hampir 3 minggu... Anak-anak nampaknya dah boleh terima pertukaran sekolah ini..mungkin yang paling mereka suka ialah dapat berbasikal untuk latihan sukan di sekolah...maklumlah kalau sebelum ini hanya berbasikal di sekitar rumah sahaja..
Kesibukan di sekolah baru tidak bermakna melupakan rakan-rakan di sekolah lama... terlalu banyak kenangan pahit dan manis di sekolah yang lama...terasa rindu pada kawan-kawan....rindu dengan persekitaran sekolah walaupun di sekolah yang baru ini mempunyai lebih banyak kemudahan, namun rasanya lebih banyak lagi keistimewaan di sekolah yang lama.....
Cuma bebanan kerja yang ditanggung tidak seberat yang lama.... baru terasa menjadi seorang guru biasa, yang tugasnya hanya menguruskan p&p... kalau sebelumnya banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa dibuat... itulah yang dikatakan , lain tempat lain caranya...
Modul OUM pun dah dapat, maka bermula lah sesi Januari... semester ni semester yang pendek, kelas tutorial pun hanya 4 kali sahaja tetapi modulnya 3...padat jugak tu.... makin lama belajar, semakin mencabar... yang pastinya bila dapat soalan tugasan nanti...kepala makin pusing...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan