Hari ini mendapat surat jemputan ke jamuan majlis perpisahan di sekolah lama... seramai 10 orang yang bertukar, tetapi 2 orang guru menguzurkan diri..
Kebetulan pula hari ini bermulanya uijian OTI 1 selama 3 hari.. semua murid balik awal kerana pada sebelah petangnya diadakan Mesyuarat Agung PIBG SKP.... selepas kelas berakhir, pergi ke SKK bersama-sama dengan anak-anak.. mereka pun nampaknya gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan..
Hati ini merasa pelbagai perasaan, rasa terharu, sedih gembira .. di sinilah tempat kita menimba ilmu, pastinya terasa sedih kerana sudah lama berkhidmat di sana... walau apapun , setiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan...
Nampak rakan-rakan gembira, sedih pun ada.. Guru besar pun nampak kesedihan, nak bercakap panjang pun takut nanti bertukar suasana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan