Pertemuan pada hari raya aidil fitri yang ke tiga pada tahun 2014 telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan yang terputus... dalam diam..rupanya kita semua tidak berjumpa hampir 22 tahun...
Masing-masing telah mempunyai keluarga dan kerjaya yang berbeza...
Pertemuan ini mengimbas kembali segala kenangan yang bertamu di hati...kenangan yang mengusik jiwa, pelbagai ragam dan memori kita semua.... bagaikan baru semalam kita berpisah sedangkan hampir 22 tahun dan kini bertemu semula...
Kenangan dibangku sekolah, dimarahi oleh guru-guru, didenda, bergurau dan bermasam muka sesama kita menjadikan semua itu memori indah yang sentiasa dikenang sepanjang hayat ini... Kenangan manis di zaman persekolahan sentiasa diingati ...kita tidak dapat lagi menoleh ke belakang atau mengundurkan setiap saat masa yang berlalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan