Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

11 Mac 2011

banyaknya kerja...

Hari ni bermulanya cuti sekolah untuk negeri di pantai timur.... anak-anak mula berseronok... maklumlah cuti..maka buku2 pun juga bercuti lah..

Untuk 2 hari ini betul-betul terpaksa bertungkus lumus nak menyiapkan tugasan...ada satu lagi yang belum siap..kalau ikutkan dateline pada 14 hb ni... tapi mesti siapkan jugak satu tu hari ni...

Bukak blog ni nak hilangkan rasa stress.....dapat menulis sepatah duapun dah boleh menghilangkan bebanan kat kepala ni... banyaknye perkara yang kena buat....

Majlis perkahwinan anak saudara...kak ina hari ahad ni..banyak lah kerja2 yang kena tolong siapkan....yg paling sukanya..anak2 dapat berkumpul dengan geng2 dia...alani dok menunggu bila lah erin nak balik kg..ni dah jumpa x ingat ke makan minum..asyik main je..

Lepas selesai semuaperkara ni,  kena siap tandakan  kertas soalan OTI   lah pulak... nanti bukak sekolah nak markah, dan yang paling pentingnya terpaksa buat persiapan untuk majlis persaraan guru besar pada akhir bulan mac ni....sekarang ni pun tengah dok berlatih.... bertukar je kat sekolah ni kena pulak bahagian  persembahan untuk persaraan gb...kalau setakat tolong carikan lagu dan  putarkan lagu boleh lah...nak buat gaya untuk persembahan murid tu tak tau langsung..kita ni bukannya orang seni...nasib baik kak mah ada...kalau tak haru biru jadinya...

1 ulasan:

Pemudah cara berkata...

alaaa kije byk tu biasalah kan..buat je satu2...