Aura menyambut tahun baru masih lagi menyala-nyala dengan azam dan semangat yang baru walaupun sekarang ini dah menjejak ke bulan Februari. Tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan suka dan duka yang ditempuhi . Dalam kita melakukan sesuatu perkara akan adanya permulaan dengan satu pengakhiran..setiap masa yang berlalu akan terus berlalu pada setiap saat dan detiknya tanpa dapat disekat. Bak kata pepatah, masa itu emas, setiap saat dan ketikanya amat berharga .
Akhirnya rasa amat berbaloi dengan segala kerja buat selama 4 tahun ini dengan meneruskan pengajian, dapat dilaksanakan dengan izin Allah dengan sebaiknya.. Bila keluarnya result akhir, keputusan peperiksaan masih lagi cemerlang walaupun pada semester akhir itu amat mencabar. Syukur pada Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyelesaikan pengajian ini. Penat lelah selama ini rasanya amat berbaloi dengan satu kepuasan..
Tahun 2013 ini membawa seribu satu makna... rasanya tahun ini dapat meneruskan aktiviti berblog ini... kalau tahun2 sebelumnya kekangan masa..tapi tahun ini di harapkan ada masa2 yang terluang untuk memeriahkan lagi blog ini tanpa terbiar usang..
2 ulasan:
moga taun ini lebih baik dari taun sebelumnya
taun 2013 penuh kemeriahan
Catat Ulasan