Camne majlis kahwin dalam keadaan hujan lebat.... hari sabtu air memenuhi jalan dihadapan rumah..
apa lagi anak-anak berpesta bermain air....
menjelang petang air makin bertambah... makanan untuk kenduri rumah cik lah di tempah.
Malangnya rumah tempat tempahan makan banjir.... apa lagi kena masak sendiri lah kat rumah.... nasib baik mak mertua dan beberapa orang jiran yang menolong... bayangkan ayam 70kg nak kena buat sendiri...
Pagi kenduri cik lah pergi beli bahan 2 untuk memasak.... harunya... nasib baik ada yang dapat memasak gulai... bahagian hiasan khemah jadi kelam kabut je.... nak cari alas meja, dengan hujan lebatnya...
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun tetamu yang bertandang terpaksa mengharungi air ke tempat kenduri...
Pengantin tersekat air di Kg Pengkalan Kubur yang ditutup pada semua kenderaan..
cik ann dan hubby cuba pergi ke Kg Saujana di setiu tempat pengantin berkumpul mengikut jalan kg iaitu di anak musang... itu lah kali pertama ikut laluan tersebut... jalan kampung.. ada juga air yang melintasi jalan..laju juga arusnya..
Memandangkan air sungai semakin meningkat, hanya pengantin sahaja yang pulang.. kelaurga yang lain berpatah balik . harunya... majlis kenduri ni dalam sejarah...
pengantin tengah bersiap di rumah cik ann..
bergamabar dihadapan rumah... tak sempat nak snaps gambar pengantin berselipar jepun..
anak dara cilik menjadi pengapit...
sambil menunggu pengantin tiba..
nak ambil gambar kandid ye...
hanya pihak lelaki sahaja.
letihnya.... tak kira ada handbagpun... tidur aje asalkan dapat terlelap sekejap...
letihnya kak ahh.... gambar curi ni... sorry lah kak ahh...
anak dara sapa ni...
2 ulasan:
bile msa snap gmbar ka ah tido... haish, abes jatuh saham..hahahaha
tu saje nak buat gempak...
kalau ayu... tido pun nampak ayu... he he he
Catat Ulasan