Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

07 November 2009

hujan... hujan..

Dalam dua tiga hari ni... hujan mula turun seakan bermulanya musim banjir.....
Cik ann terpaksa menyiapkan assg TMK yang belum lagi siap... hajatnya hari khamis( kelmarin tu ) nak settle semua... so balik sekolah lewat ckit nak selesaikan kerja2 terakhir untuk persembahan p point... anak2 bertiga tu senyap je... ingatkan main dekat dewan... rupa2nya jadi anak itik bermain air hujan....dalam  hujan lebat.... ... habis basah semua baju2 sekolah.. .. time naik kereta... basah semuanya.... alamak seminggu lah kereta berbau....

petang khamis pergi HUSM, nak melawat amin... agak2nya lepas ni serik sedikit nak bawa motor laju... berbungkuslah selama 6 bulan nampaknya...... pi round2 jap kat pasaraya baru nirwana depan husm ni... nampaknya barang2 kat cni murah2 lah... boleh lah nanti window shopping d cni..rasanya buah kat cni paling murah lah nak dibandingkan dengan tecso.... nak shopping banyak pun tak de modal sangat... maklumlah panjang lagi masa nak time gaji.... kena berjimat cermat...

sepanjang jalan nak balik memang hujan sangat lebat.. rasa2nya kalau hujan berterusan ni boleh banjir... kat rumahnya pasti ada air kat jalan  ni... ..
pagi jumaat tu... air dah naik dekat jalan... nampaknya tak boleh dah keluarkan kereta ikut depan ni, air banyak...air hujan je sebenarnya... terpaksa keluar ikut rumah c ma...

Ada kelas kat maktab dari pagi sampai petang, break jap utk sembahyang jumaat je..tghari tu, hubby tel air naik kat depan rumah. tak boleh masuk dengan kereta dah.. nak keluar pun tak boleh... nasib baiknya tghari stay kat maktab, kalau balik rasanya penat je..

sampai kat rumah dekat kul 6 tu.. hujan dah reda.. dah boleh masuk kereta tapi ikut jalan rumah c ma je... ikut depan tak boleh lagi... banyak lagi air...
kat rumah ni bukannya air banjir, tapi air hujan....

sekarang ni kepala rasa lega je lepas hantar assg   nak merdeka tak boleh lagi .minggu depan exam mid term lak...  ape pun minggu depan result upsr keluar..... camne ye....

Tiada ulasan: